31 August 2009

pengalaman mengajar DIRI ini !!!!!!!!

CONTOH GAMBAR SAHAJA TAPI KEADAAN DAN SIRUASI ADALAH LEBIIH KURANG SAMA. LETAK GAMBAR LEN SEBAB TAK SEMPAT NAK TANGKAP GAMBAR hehehe

Assalamualaikum w.b.t. Pada 31/ ogos/ 2009 merupakan satu pengalaman manis yang mengajar diri ini mengenai erti sebuah kehidupan yang berkebetulan ia diadakan pada HARI KEMERDEKAAN negara yang ke-52 iaitu ZIARAH DAKWAH KE PERKEMPUNGAN MASYARAKAT PENAN MUSLIM DI BATU 13 1/2 dibawah anjuran BIC dan Yayasan Amal Sarawak.
Perjalanan aktiviti kesana bertujuan untuk mengunjungi saudara ISLAM disana dan memberi sedikit bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Disitu juga, aku juga dapat megenali sedikit sebanyak mengenai kehidupan orang yang hdup serba kekurangan. sewaktu aku disana perkara yang paling mearik perhatian aku adalah sewaktu seorang budak dalam sekitar umur 5 tahun memandang kearah ku dengan secangkir senyum yang membuat aku sedikt sayu. aku pun tak tahu kenapa aku berperasaan sebegitu, hanya hati aku sahaj yang bisa mentafsir. pada masa yang sama sewaktu seorang lelaki yang dalam sekitar umur 30-an bersembang dr.k dia seriang kali selitkan perkataan KURANG MAMPU. perkataa itu turut menbuatka aku sedih akan saudara sesama Islam yang hidup akan kesusahan dan penuh degan kedaifan. Ya ALLAH bantulah saudara ku yang hidup dalam kesusahan dan lapangkan diri mereka kearah agamamu. kehidupan masyarakat penan muslim membri aku satu semangat dalam aku berusaha menjadi yag lebih baik supaya satu hari nanti aku dapat menjadi seorang umat ISLAM yang sedia menbantu saudara ku yag lain insyaALLAH.

15 August 2009



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

p/s: semoga ramadhan kali ini menjadi satu kenangan yang abadi dalam diri dalam membawa diri in ke tempat orang.. bairpun sedih hari pertama ramadhan tidak dapat berbuka dengan keluarga terutamanya tetapi aku redha dan kuatkan hati. INILAH CABARAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERJUANG DIJALAN ALLAH insyaALLAH.... SUROH MUHAMMAD AYAT 7 MERUPAKAN PECETUS SEMANGAT PADA DIRI INI JIKA SEBARANG MASALAH ATAU GANGGAUAN EMOSI BERLAKU. SEMOGA IBUKU DI KAMPUNG MENIKMATI RAMADHAN YANG BAKAL TIBA DENGAN PENUH NIKMAT DAN RAHMAT DARI ILLAHI WALAUPUN ANAK BONGSUNYA TIADA DISISNYA..... DIRIMU SENTIASA KU INGATI HAZIZAH BINTI JAAFAR IBUKU TERSAYANG .

KEPADA RAKAN-RAKAN DIRI INI MOHON MAAF SEKIRANYA SEPANJANG PENGENALAN KITA ADA YANG DIRI INI MELAKUKAN KESALAHAN YANG DISEDARI ATAU TIDAK. SEMOAG IKATAN UKHUWWAH YANG TERJALAN TERUS BERKEKALAN. INSYAALLAH DAN TIDAK LUPA posa jangan tak posa tau!!!!!

07 August 2009

taraf pakaian bagi seorang wanita ISLAM



Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

p/s : kepada semua muslimat yang mebca artikel ini harap dapat muhasabah diri dalam kita menjaga aurat sebagai seorang muslimah. janganlah kita sengaja memberi peluang kepada orang lain dalam menfitnah kita. sebaik-bainya adalah kita cuba membawa diri dalam menjadi umat NABI MUHAMMAD yang lebih sempurna daripada sebelumnya. SEBELUM ITU, saya bukanlah orang terbaik untuk membuat perubahan keatas diri orang lain, tetapi saya cuba untuk mebentuk diri saya dan rakan-rakan menjadi muslimah ISLAM sejati insyaALLAH, "wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah"

SUMBER : http://halaqah.net/

tersayang

tersayang