24 June 2018

KISAH RAYA

Alhamdullulillah syukur kepada Allah diberikan kesihatan dan kelapangan untuk menulis. insyallah cuba ingin konsisten dalam menulis sebagai travelog kehidupan sendiri. :)

Cuti raya yang lepas, alhmdullilah dapat balik kampung.
Dapat pe kebun.
Insyallah tunggu buah masak sahaja :)

https://www.facebook.com/soyabean.racer/posts/2125041474192420
https://www.facebook.com/soyabean.racer/posts/2126887530674481

15 January 2017

Muallimah Haraki 1

Jangan sangka yang buta mata itu buta
Jangan sangka yang celik mata itu celik

Kerana ramai yang celik mata tetapi buta hati.

Alhamdullilah berkesempatan untuk hadiri Kelas Pengajian Al Quran mengunakan teknik Braille ( teknik khas untuk orang cacat penglihatan)

Sewaktu sesi kelas tersebut sempat mendengar secara live bacaan ayat suci Al Quran daripada tenaga pengajar disitu.

MashaAllah sangat tersusun dan tartil bacaannya berbanding insan yang celik yang kadang2 bacaan ' asal nak cepat ' @ 'asal baca' tetapi penghayatannya pun hanya sekadar 'asal boleh'. Astarfirullahhalaazim.

Walaupun mereka Allah berikan mata yang tidak melihat tetapi mereka punya hati yang bersinar.

Ingatlah wahai insan celik:

1) Jangan kamu rasa amalan kamu kini lebih baik daripada orang lain kerana risau lebih banyak riak dalam diri.

2) Jangan anggap kamu punya amalan sudah banyak, apabila melihat orang sekeliling seolah2 seperti ti  kosong. Ingatlah saat itu, kamu dilanda satu penyakit hati yang mungkin boleg merosakkan amalan tersebut.

3) Setiap hamba Allah mempunyai perbezaan@kaedah untuk dekat dengan Allah, jangan sesekali perkecilkan usaha orang & rasa diri itu hebat.

4) Jangan sangka kamu yang celik sudah cukup sempurna sedangkan hatimu punya karat2 yang berbisa.

5) Beramallah dengan rasa

-Tawadhuk & Malu
-Rendah diri
-Sebenar2nya untuk dengan Allah bukan mencari penilaian manusia.

Sekian
Nukilan
Rossi

29 December 2015

Anak-Anak Syurga: Catatan 1

Setiap anak yang dilahirkan adalah permata
Setiap anak yang dilahirkan adalah cahaya
Setiap anak yang lahirkan adalah rezeki dan hadiah dari sang Pencipta
Setiap anak yang dilahirkan adalah rahmat dan kasih sayang daripada Allah buat hambaNya
Setiap anak yang dilahirkan adalah mata-mata rantai perjuanan Rasullulah
Setiap anak yang dilahirkan adalah anak-anak syurga
Setiap anak yang dilahirkan adalah bekalan disana kelak


Maka 



Setiap anak yang dilahirkan BUKAN dilahirkan dalam keadaan BODOH

Yang mengelarkan manusia lain bodoh maka disitulah jelaslah kebodohan yang ditunjukkan
Jika tidak mahu di gelar BODOH jangan memperBODOHkan diri dengan mengelarkan orang lain BODOH



#DoaAdalahSebaikSebaikSenjata



#SetiapAnakYangDilahirkanAdalahAnakSyurga



#رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

02 September 2015

10 TAHUN

Selalu terlintas kat pikiran
Cemburu bila tengok orang lain mampu bergambar bersama ayah masing2
Cium tangan ayah masing.
Tapi selalu sebut dalam hati jgk
"Walaupun dia tiada disisi namun Allah bagi aku anugerah yang mana aku punya kenangan termanis dan sangat bernilai bersama dengan ayah w/pon sat sj"
Tiba-tiba

( mata masuk bijik cabai)

17 August 2015



Hayati kata-kata TGHH ni. Andai hari ini kita berkata ingin bersama presiden bukan semata2 berkata 'aku sokong presiden' tetapi berusaha dan bekerja bersama Islam. Kalu hari ini kita masih takut-takut untuk berkata-berkata dan kentengahkan Islam, dimanakan nilai perjuangan Islam
Andai ingin bersama kepimpinan ulamak contohilah akhlak dan sikap ulama.


Muhasabahkan diri kita, hari ini kita berkata bersama kepimpinan ulamak adakah sikap kita dan akhlak kita seperti seorang yang mencintai dan akan bersama-sama ulama?


Kehidupan akan datang adalah rahsia Allah. Mungkin dulu dia musuh Islam atau bukan Islam, dengan Izin Allah apabila dia Istiqamah dengan prinsip-prinsip Islam barangkali dia lebih baik daripada kita.


Jangan mendabik dada dengan banyaknya hari ini sumbangan duit dan tenaga kita
Janga berasa hebat dengan sijil dan kad yang berada dirumah
Namun hakikat kita nak sebut tentang Islam pun malas
Jiran sebelah rumah pun kita malas nak dekati?, nak sampaikan Islam apatah lagi.
Itu jiran, dengan ahli keluarga?, nak ajak solat berjemaah pun susah.


Apa yang kita sibukan? Fikirkan
Ingatlah sijil dan kad yang kamu ia sekeping kertas yang tidak membawa nilai.
Hayati isi kandungan solat diwaktu tahiyat akhir dan syahadah kita. Disitu terselit perjanjian/biah kita kepada pencipta yang diulang-ulang dalam solat setiap hari.


Jika hari ini kamu berpaling daripada perjuangan, Islam tidak akan rugi sedikit pun tidak akan rugi.

14 August 2015

INSAN TERISTIMEWA


Insan yang satu-satunya ALLAH tinggalkan untuk aku. Selagi aku hidup cuba sedaya upaya berbakti untuknya. Dan cuba sedaya upaya mengubah sikap aku supaya aku mampu menjadi anak yang soleh.
Insan yang berbakti kepada kami adik beradik
Insan yang tak pernah jemu dalam membesarkan kami

Tatkala kami sakit dia doktor kepada kami

26 January 2013

Muslimat, perananya? dan kesudahanya?


ISLAM tidak memandang (Muslimat) wanita seorang yang rendah darjatnya
ISLAM tidak memandang (Muslimat)wanita seorang yang tidak memberi manfaat kepada orang lain
ISLAM tidak memandang (Muslimat) wanita seorang yang sia-sia penciptaannya

tetapi

ISLAM memandang (Muslimat) wanita dengan tinggi darjatnya
ISLAM memandang (Muslimat) wanita dengan adanya manfaatnya dirinya kepada orang lain
ISLAM memandang (Muslimat) wanita dengan penciptaannya berfungsi
           
Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas, meliputi berbagai-bagai bidang, terutama yang berhubung dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang daripada apa yang sudah digariskan atau ditetapkan oleh Islam.
Dapat di garikan secara kebiasaanya atau tanggungjawap asasnya adalah:
1) tanggungjawap seorang anak
2) tanggungjawap seorang isteri
3) tanggungjawap seorang ibu dll

Namun yang demikian, peranan Muslimat luas skopnya dan tidak menafikan perkara yang digariskan diatas. Menurut pandangan dan pembacaan saya muslimat turut memaikan peranan yang sangat penting dalam gerak kerja dakwah, gerak kerja amal islami dan gerak kerja jemaah. yang mana tanggungjawap ini tidak terletak kepada batang tubuh seseorang yang bergelar lelaki sahaja yang bersandarkan kepada dalil:

Firman  Allah s.w.t dalam  surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maaruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”


 Agama ini bukan saja tanggungjawap kaum lelaki. Dan pahala-pahalanya bukan saja diberikan kepada kaum lelaki. Tetapi kaum wanita juga mempunyai tanggungjawab, merujuk kepada ayat Al-Qur’an. Dan juga sahabiyah-sahabiyah, isteri kepada para sahabat juga berperan dalam agama. Kita boleh melihatnya dari kisah-kisah mereka. Banyak orang jahil mempunyai konsep atau pengertian yang salah mengenai Islam. Mereka tidak mengerti Islam. Dan mereka berpikir bahwa Islam sangat mendiskreditkan, merendahkan perempuan, tidak memberikan kesempatan kepada perempuan, mengekang wanita dengan tidak membolehkan bercampur, perempuan menjadi tidak bebas, dianggap rendah, dan sebagainya. Padahal agama adalah tanggungjawab wanita dan lelaki, kita semua bersama-sama. Kita dapat melihat ini melalui sejarah Islam, saat tersebarnya Islam.

 Gerak kerja dakwah dan gerak kerja amal Islami tidak pernah menghalang untuk seseorang muslimat terlibat. Sejarah-sejarah dan sirah terdahulu banyak membuktikan mampu bergerak kerja walaupun bergelar sebagai seorang isteri dan ibu. salah satu contoh yang suka dikongsikan adalah seorang pejuang muslimat yang tidak pernah takut akan dikecam dan diseksa hatta seksaan yang diterima adalah seksaan seperti mana seorang lelaki terima itu adalah seorang wanita yang hebat dalam medan perjuangan Zainab Al. Ghazali.susuk tubuh yang bergelar wanita tidak pernah menghalang beliau untuk terus membuat kerja-kerja Islam walaupun beliau seorang isteri dan ibu.  itulah contoh: Isteri yang Hebat dan Ibu yang Hebat

  Antara contoh yang lain iaitu Saidatina Khadijah RA, adalah contoh, teladan untuk kita ikuti, perhatikan, dan mengerti bagaimana peranan wanita. Saat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari Allah SWT, dengan segera Rasulullah berjumpa dengan Khadijah. Dan saat itu Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan karena ini adalah saat pertama Beliau berjumpa dengan Jibrail AS. Ini pertama kali Beliau melihat Jibrail dalam bentuk sebenarnya. Jadi Beliau sangat takut. Jadi saat Beliau menggigil, ketakutan, Khadijahlah orang pertama yang menenangkan Beliau, Khadijah lah orang yang meneduhkan Nabi SAW. Menghilangkan ketakutan nabi SAW. Karena Khadijah tahu betul bagaimana akhlaq mulia suaminya yang tak pernah melakukan sesuatu yang buruk. Tidak mungkin Allah akan menyusahkan Beliau. Khadijahlah orang pertama yang masuk Islam. Khadijah-lah orang pertama di dunia yang membenarkan Nabi SAW. Khadijah-lah orang pertama yang menerima pesan dakwah, pesan Islam. Jadi kita lihat saat pertama, wanita sudah memainkan peranan. Begitu Khadijah mendengar cerita Rasulullah SAW, saat itu juga ia terus menolong Rasulullah SAW, langsung mengadakan dakwah. Dia bukan perempuan yang hanya tinggal di rumah, tidur, rehat. Tapi dia langsung berfikir bagaimana menolong suaminya.
         
 Oleh yang demikian, pendakwah wanita bukan sahaja menjadi role model, malah sumbangan mereka dalam menjana kemajuan ummah dapat membantu mencorakkan pembangunan masyarakat Islam. Pengaruh dan peranan pendakwah wanita sejak dahulu lagi tidak dinafikan telah mempengaruhi perjalanan sejarah yang akhirnya mencorakkan keadaan sesebuah negara. Melalui dakwah, kaum wanita menjalankan aktivitinya dalam kehidupan masyarakat Islam serta bertindak sebagai satu komponen penting dalam sistem dan tamadun serta memperkayakan sudut-sudut amali bagi tamadun Islam.

Jadi kita mesti pahami, bahwa Allah sengaja mengatur semua ini untuk menjadi suatu teladan, suatu pesan, yang patut diambil berat di dalam sejarah Islam, yang wanita mempunyai peranan penting, bukan saja menerima agama Islam, tapi mati dalam mempertahankan agama Islam. Jadi kita dapat lihat bahwa orang pertama yang masuk Islam adalah perempuan. Orang pertama yang mati syahid juga perempuan. Satu lagi yang Allah mau tunjukkan adalah guru hadits pertama adalah isteri Rasulullah SAW, yaitu Aisyah R.ha, yang mengajar para sahabat tentang hadits. Dikhabarkan ada 2220 hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.ha. Banyak hadits yang kita baca adalah dari ‘Aishah R.ha. Dan  Rasulullah SAW ketika hampir wafat mengatakan, aku meninggalkan dua hal untukmu yang jika engkau benar-benar berpegang teguh padanya, dengan kedua tanganmu erat-erat maka engkau akan selamat. Itulah Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW.

  
 Dalam peperangan pun mereka ikut mengambil bahagian. Mereka menolong para sahabat membawa senjata, mereka memainkan peranan aktif dalam usaha menyebarkan dan mempertahankan agama Islam. Jadi ini adalah satu hakekat yang tidak boleh diingkari bahwa wanita memainkan peranan aktif, bersama dalam menyebarkan agama, dalam berdakwah sama-sama dengan lelaki.

 Namun hal yang demikian, peranan muslimat dirumah ada fungsinya. Hal ini kerana ia merupakan isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak. Dalam melahirkan rijalud dakwah (generasi dakwah) peranan si ibu sangat penting kerana benih-benih yang keluar adalah benih-benih si ibu dan ayah. Andainya disulami dengan baja-baja Islam In sya Allah suburlah anak itu dengan cara hidup Islam, andai disulami dengan baja-baja kekufuran maka suburlah anak itu dengan kehidupan jahiliah. Nauzubillah

Dan juga muslimat ini adalah orang  yang paling dekat sekali adalah anak-anaknya. 

Bagaimana dia dapat mendidik anak-anak dia secara islam, secara agama.?

Kenapa?

“Kerana muslimat adalah ibu kepada mujahid. Ibu kepada da’i adalah bermula dari rumah mereka. Bagaimana mereka dapat mentarbiyah anak-anak mereka dengan cara yang ditunjuk Allah SWT, cara agama. “
Bahkan kewajiban kita bagaimana kita berada di dalam rumah, memelihara diri kita. Wanita ini mahal disisi Allah SWT. Suatu benda yang mahal. Bukan sesuatu yang murah, bukan seperti ubi kentang, siapapun boleh tengok, siapapun boleh memilih. Bahkan dia ini suatu perkara yang mahal macam berlian yang kita beli. Bukan semua orang boleh sentuh berlian kita. Bahkan hanya tuan yang punya yang boleh sentuh. 

Maka , mujahadah seorang wanita, bagaimana dia mujahadah-kan diri dia, pahamkan diri dia supaya dia dapat berada dalam rumah. Tugas dalam rumah bahwa dia mesti membimbing, membentuk rijal-rijal, lelaki-lelaki daripada anak-anakdia menjadi mujahid, da’i yang besar. Dapat keluar ke seluruh alam.Begitu juga lelaki dia sibuk di luar, dakwah, menyeru manusia kepada Allah SWT, dengan dihati tidak lupa tanggungjawab dia di rumah, bagaimana mewujudkan halqah-halqah taklim, dirumah supaya isteri dan anak-anak dia dapat dengar dasar-dasar iman,dapat mendengar kelebihan-kelebihan alam. Maka dengan ini dapat membentuk satu suasana kerohanian, satu suasana agama yang membawa mereka ke arah kejayaan. Sekiranya suami tidak ada di rumah, maka isteri itu bertanggung jawab sama-sama untuk menghidupkan, mewujudkan halqah-halqah taklim dengan istiqomah dalam rumah mereka.

Sahabat-sahabat RA telah memperhiasi diri mereka dengan iman dan amal. Perhiasan mereka :
1. Sifat Taqwa yaitu menghindari diri dari amalan-amalan yang dibenci oleh Allah SWT.
2.Rasa Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
3. Sifat Dzikir yaitu senantiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam setiap waktu tempat dan keadaan.
4. Sifat Zuhud yaitu menghindari dunia demi kepentingan akherat.
5. Sifat Ubudiyah (Ketaatan) yaitu selama 24 jam menjalankan perintah Allah dan Nabi SAW.




 Allah SWT telah mengkaitkan kejayaan manusia antara lelaki dan wanita hanya ada dalam agama yang sempurna, iaitu dengan iman dan amal soleh. Sesungguhnya, wanita turut berperanan penting dalam usaha pembangunan ummah, sama pentingnya dengan peranan golongan lelaki. Malahan, di dalam beberapa perkara tertentu, ´usaha dan jasa´ mereka lebih berharga. Misalnya, sebagai suri teladan di dalam alam rumah tangga; membesar dan mendidik anak-anak agar menjadi generasi yang berguna bagi agama, negara dan bangsa.

Ayuh muslimat kita bangun!!!
Bangun dari zone permikiran orthodox
Jom siapkan diri dengan perisai Ilmu dan amal untuk sama-sama bergerak didalam jalan dakwah ini.


 Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Buat muslimat sekalian teruskan usaha. Perjalanan perjuangan masih panjang. Jadikan sejarah pejuang muslimat satu raliti dalam hidup kalian. InsyaAllah pasti akan datang bantuan dari Allah atas usaha kalian menyebarkan agamanya.
Yakinlah akan janji Allah. [47:7]

“ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

 Guideline untuk muslimat dalam mempersiapkan diri:


 ~~!!~~wacaa!!~~~!!!~~
Rujukan:
1) http://buyaathaillah.wordpress.com/
2) http://www.dakwah.com.my/
3) http://www.yadim.com.my/
4)http://razifmohamed.wordpress.com/
5) http://ibnuahmadnurdin.blogspot.com/

tersayang

tersayang