25 January 2010

Wali – Tomat (Tobat Maksiat)


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat

dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

15 January 2010

cerita hati



Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

14 January 2010

salam takziah.....



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah hari ne ada buat majlis bacaan Yassin dan tahlil kat Pusat Islam atas pemergian ayahanda tercinta bekas mpp upmkb (afiq) dengan (bekas mtm biro kebajikan ( kak aishah atau kak yo'o). Waktu dapat berita tu aku agak terkejut dan sedikit sedih sebab ia mengingatkan aku waktu pemergiaan arwah ayahku.. sedih, sayu mcm2 perasaan yang dapat dirasai hanya TUHAN saja yang tau.. Tapi aku faham perasaan mereka kerana hilangnya orang tersayang tapi apa boleh buat takdir dah tentukan bahawa mereka pergi dahulu daripada kita. Buat afiq gan kak yo'o sabar dan tabah hadapi dugaan ini semoga roh dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan Korang-orang beriman. insyaALLAH. kita sebagai anak hanya mampu bisa berdoa semoga arwah tenang walaupun telah pergi meninggalkan kita. Kuatkan iman, tabahkan diri, perbaiki diri jadi yang lebih baik dan jangan mudah putus asa. Ingat setiap dugaan dan cabaran ada hikmah disebaliknya. salam takziah dariku buat anda berdua.

27 December 2009

OHHHHH TERBANG..


Assalamualaikum w.b.t. dan salam maal hijrah buat semua rakan-rakan. insyaALLAH ari jJmaat ne pe umah Bang mad kat Selangor and hari sabtu terbang ke Bintlu kembali. Tapi sepatutnya esk dah start kelas, tapi sebab ada ada hal sikit melibatkan kesihatan diri terpaksalah tangguh balik kesan dan terpaksa skip kelas seminggu tapi dah gtau Ketua Jabatan Pn Marina,
Alhamdullilah dia faham dengan situasi aku. terima kaseh puan. Rasa sedih, seronok sebab kena tinggalkan kampung dan dapat jumpa kawan2 kat UPMKB Sepanjang cuti ne ada pelbagai ragam-ragam yang suka, suka, pahit, manis, kelat, masam dan macam-macam la. tapi pape pun yang seronok sangat salah satunya semalam dapat join usrah gan kawan-kawan satu sekolah dulu iaitu yang digelar sahabat tatkala aku sedih dan gembira merekalah tempat aku kongsi masalah. Meraka adalah........... Nurkiah (masih tunggu result stpm) dan Hanisah ( berkerja sebagai guru pasti). Semalam kami punya usrah baru start dengan sesi ta'aruf walaupun dah lama kenal hehehehehe tapi bak orang kat nak kenal lebih la kan. Seronok sangat perjalanan usrah kami tu dan usrah tu kami buat kat GUA KERBAU suasana amat menenangkan mana taknya dekat dengan sungai yang berangin dan sawah padi yang amat mendamaikan. Walaupaun dekat-dekat nak balik baru dapat buat geng-geng usrah tapi aku bersyukur sangat sebab sedikit sebanyak perkongsian dapat dibuat walaupun hari-hari last nak balik lagi pun sebelum ne sibuk sikit hehehehe. Aku berharap dengan adanya geng usrah ne ukwah antara kami akan tlebih kuat dan aku juga berharap usrah ini dapat terus berjalan walaupun aku dah nak balik .......!!!!!!!. Wahai sahabat semoga ukwah kita terus kekal walaupun kemana kita pergi. aku SAYANG korang semoga kita dapat mencapai matlamat jangka pendek dan panjang yang kita katakan sewaktu sesi ta'aruf dengan restu dan rahmat ALLAH. INGATLAH 3 PERKARA DALAM KITA HENDAK MENCAPAI SESUATU IAITI USAHA, DOA , dan TAWAKAL. Semoga ukwah kita terus diikat diatas landasan ukwah islamiyyah....... hari berganti hari tinggal 5/6 hari dah nak balik mesti aku rindu kat hampa dan kampung halaman aku. Tapi tak per biar jauh dimata dekat dihati.
SEKIAN SATAKAT NE SAJA KITA SAMBUNG DILAIN MASA INSYALLAH

23 December 2009

salam tahun baru.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

22 November 2009

SANTAN VS SATE

Assalamualaikum....
Ahamdullilah pagi tadi baru saja teman mak pergi beli barang nak wat kenduri pada raya ke-3 nanti. Macam-macam mak beli sampai tak menang tangan nak bawak bawang, lengkuas, ikan talang, kentang dan macam-macam ada. Pastu waktu tengah beli terasa lapor la pulak beli la ais blanded satu kat pasar pagi tu pastu mak ajak pe kedai makan. uhhhh syukur sangat dapat isi perut yang sedang lapor. Waktu kat kedai tu mak makan nasik putih, ikan temenung@kembung, sambal belacan dan kuih. Tak lupa aku pulak makan nasik putih, sambal pedal ayam gan ikan keli. minum mak teh ais aku milo ais. alhamdullilah dapat jugak menikmati rezeki dan kenyang perut suka hati.. hehehehe. Selepas makanan mak ajak pe rumah kak ton gan rumah orang yang jual santan. pergi rumah kak ton dia tak dak mungkin pe kebun kot. pastu bergeraklah aku bersamamak untuk mencari santan dengan pe rumah orang yang jual santan menaiki moto honda 70 arwah ayah aku.

Sewaktu perjalanan nak pergi rumah orang tu memang penat mana tak nya pusing satu kampung tak jumpa-jumpa rumahnya. Pastu tanyalah seorang mak cik ne 'Assalamualaikum mak cik tau dak rumah orang yang jual santan" dia jawap " adik pe terus kona kiri kona kanan pastu kona kiri kona kanan lagi jumpa pokok asam tu rumah dia". Pening aku gan mak nak cari mana taknya kona kiri kona kanan sampai sesat. Berbalik pada tajuk diatas iaitu nak cerita pasal santan vs sate ne ada berkaitan dengan mak aku ler. Dah lama orang kedah loghat kelantan tak lari jugak mana tanya waktu mak tanya seorang kakak ne mak cakap " Assalamualaikum dik ket sini ado jue sante (santan) dok" dan yang best nya kakak tu jawap " mak cik pe sebelah sana kat kona sikit jumpa la rumah orang jual sate". Aku duk kat moto dah gelak besar mak aku suruh aku pulak cakap sebab yang kami nak cari orang jual santan bukan sate. Boleh dikatakan setiap orang yang mak tanya semua cakap rumah orang jual sate. keliru2222222. Last-last mak suruh aku cakap dan akhirnya jumpa jugak rumah orang jual satan tapi dia tak dak nasib jumpa gan rumah ayah tuan yang jual santan tu dia bawak kami pe rumah mak mentua dia sebab dia ada kat sana . Yang buat aku nak gelak lagi mak aku boleh-boleh tak mau cakap sebab dia pun risau ingat nak tempah sate sebenarnya nak tempah santan. Pe punya pe waktu sampai kat rumah tu dengan ayah tuan punya jual santan tu rupa-rupanya dah lalu tadi. ermmmm tapi tak per perjalanan yang mencabar dengan menaiki moto bersama mak. Satu lagi yang paling buat aku nak gelak waktu duk atas moto aku dengan mak aku ulang kali sebut " sante, sate, sante, sate".. nak praktik takut orang gelak mana tak nya dalam 2 orang yang mak tanya semua ingat sate bukan santan. Sebelum ne pun orang pun pernah keliru dengan apa yang mak cakap iaitu antara kunci atau kucing. Waktu tu mak pe kedai nak beli kunci mangga. Mari kita imbas kembali kenagan waktu tu dan tersebutla kisah mak pe kedai nak beli kunci mangga kat kedai kat kg aku dan kadang kala mengelirukan aku jugak hehehehe ( tapi apa-apa pun aku tetaps sayang mak).

  • _MAK_ Pok seng ( nama tuan punya kedai) ada jue (jual) kuncin(kunci mangga) dok.
  • _POK SENG_ kami tak jual kucing.
  • _MAK_ dak ehhh kuncin bukan kucing
  • _POK SENG_ la tak jaul mak lang, kedai ne tak jual kuncing kalu nak kuncing tak payah beli ambik kat rumah sapa yang bela banyak.
  • _MAK_ la hang ne tak paham la, mak lang nak kuncin yang yang duk buh kat rumah tu ( sambil mak aku buat gaya dengan tangan).
  • _POK SENG_ ooooooo kunci mangga habang la kunci ne dengar kucing aku dengar...... ketawa besar orang dengar mak aku cakap mana taknya benda yang boleh dapat dengan 5 minit jadi 15 sebab masalah bahasa.
  • _MAK_ mak lang cakp kuncin hang yang tak paham.
  • _POK SENG_ nak wat gano tok pahe ( dia pulak yang cakap kelantan) hahahaha
Itu lah mak aku, ingat-ingat balik lawak dan kadang-kadang kesian pulak mana taknya perlu mengambil masa yang lama untuk dapat sesuatu benda. Tapi sekarang ne orang kampung dah paham sangat dengan apa yang mak aku cakap sebab walaupun mak aku dah berpindah ke kedah hampir 35 tahun tapi loghat kelantan tak putus. Itulah anak jati kelantan. Aku pulak tak bape boleh cakap kelantan sebab membesar kat kedah hanya sekali setahun ja balik kelantan tapi kalu orang cakap insyALLAH paham kalu cakap kelantan jadi macam orang siam nak cakpa kelantan (putus harapan dah ). Harap-harap kalu aku cakap kedah dengan sapa -sapa harap depa paham huhuhuhuhuhu. Tapi apa-apa pun aku bersyukur sangat proses nak cari santan untuk kenduri nanti akhirnya ditemui walaupun banyak confuse yang berlaku antara santan dengan sate. Apa-apa janji happy dan terima kasih pada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang bantu aku dengan mak untuk menghabiskan explorasi santan VS sate. sekian tammat sudah cerita pasal santan VS sate dan kita akan bersambung dengan cerita lain pulak pada lain masa insyaALLAH tak lupa kesalahn tatabahasa adalah kelemahan ku walaupun aku seorang yang suka menulis ( tapi sebenarnya sedikit malas huhuhuhu akan ku cuba buta yang terbaik).

apa BONCENG!!!!!!!


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah malam ne dapat online internet kat rumah dan berada diatas katil yang empuk yang membuat diri ini nak tido jew memanjang tambah-tambah musim hujan lagi la mata duk mengilai-gilai syidah tido la tido la......... ahhhhh biarkan mata ku mengilai nak online sanggup bersengkang mata. hehehe.. pppppssss japppppp sekarang dah masuk topik len dan kita berbalik kepada tajuk yang diatas. Mesti korang tertanya-tanya kenapalah wat cite pasal ne dah lapuk la. Dan ada yang terpikir "ekkk el macam la ko tak pernah bonceng". DISINI INGIN MEMBUAT PENGAKUAN SAYA MEMANG PERNAH MEMBONCENG tambah-tambah dengan yang berlainan jantina. tapi saya bonceng dengan arwah ayah saya dan abang saya ja tu pun waktu kecik bila dah besar ne malu nak bonceng walaupun dengan abang sendiri sebabnya lepas dah pandai naik moto lebih suka bawak dari duduk kat belakang. Tapi kadang-kadang sedih jugak tengok sahabat-sahabat yang seagama naik moto antara lelaki dengan perempuan bukan mahram ne tapi nak buat macam mana tu pilih diaorang alasan nak sampai lebih cepat, tapi pernah tak kita fikir kita nak cepat sampai sesuatu tempat tapi adakah ia secepat untuk kita mendapat keredhaan ALLAH wallahuallam. Bak kata-kata cerita melayu ne " JANGAN PILIH JALAN HITAM". Langkah terbaik yang pernah diambil untuk atasi masalah ini adalah slow talk dengan diaorang walaupun kadang-kadang pulak aku kena more slow talk gan diaorang balik tapi aku tak kesah sebab sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawap sebagai umat islam dan USAHA aku tak kan berhenti disitu sahaja insyaALLAH. Benda ne buat aku terdetik nak tulis sebab bila pergi mana-mana sahaja ramai ja budak-budak sebaya aku membonceng tanpa ikatan yang sah dan aku pulak malu nak tengok ( semoga ALLAH menjaga pandangan dari benda-benda yang tidak mendatangkan faedah) , kadang-kadang kesian tengok mak ayah yang bagi sepenuh harapan untuk anak supaya dengan beli moto dapatlah guna untuk pe sekolah, tapi hakikatnya memang pe sekolah tapi diisi dengan kemaksiatan waluaupun sekecil-kecil maksiat. tidak lupa jika kita cuba mencegah perkara mungkar ada la mulut-mulut manusia yang bercakap ' ko ne tak open la biasala benda macam tu dah banyak dah'. Ne jawapan dalam hati 'sebab terlalu openla islam diopenkan oleh segelintir manusia yang cuba memesongkan ajaran Islam' tapi kalu jawapan yang real ' aku open bertempat'. Paling yang aku sedih rakan sekolah aku sendiri dah pandai membonceng ne yang aku lihat waktu sekolah dulu la. Kadang-kadang aku terfikir kalu la diorang meninggal dalam waktu duduk membonceng nauzubillah, macam mana adakah mati dalam keredhaan ALLAH atau tidak.... wallahuallam. Tetapi aku bukanla nak mendoakan benda tu berlaku tapi berlaku juga hanya DIA yang boleh menjawap kerana ia YANG MAHA MENGETAHUI . Disini saya ingin merungkai sedikit sebanyak mengenai ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM dan jika ada sebarang penambahan silakan saya sedia berkongsi...
  • Maksud Bonceng : menaiki moto secara berpasangan tidak kira 2, 3, 4 5...... atau seterusnya, tapi yang selalu didengar dan dilihat 2.
  • Bonceng ada beberapa jenis iaitu bonceng sesama jantina, bonceng sesama mahram contoh ayah ataupun bonceng bersama dengan yang berlain jantina dan ditambah lagi tidak mempunyai ikatan yang sah ( INI YANG HENDAK DIBINCANGKAN ).
KENAPA MEMBONCENG MENJADI PILIHAN
  1. Dikatakan dapat jimat duit minyak sebab harga minyak dah naik sekarang si kenalah berjimat cermat.
  2. Boleh cepat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.
  3. Nampak sempoi dan cool kerana dapat sesuatu benda yang lain dari yang lain "pelik tapi sememangnya benar dan tidak ada yang benar melainkan benar belaka".
  4. Dapat menyerlahkan si pembawa moto yang kelihatan power ranger.
  5. Dapat ikut jejak dan pembawakan dari barat sebab nak ikut peredaran zaman.
  6. Senang nak berdua-duaan terutama kepada pasangan sehati sejiwa, sekati mee jawa.

ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Adalah tidak salah jika menaiki moto@membonceng dengan mahram atau sesama jantina akan tetapi membonceng berlainan jantina dan tidak mempunyai sebarang ikatan tidak dituntut dalam ajaran islam kerana ia adalah salah satu cara untuk DIRI mendekati zina walaupun sekecil-kecil zina yang orang sering perkatakan walupun ia zina besar ataupun kecil ia tetap zina. Kata al-Nawawi (meninggal 676H):

    “Sesungguhnya menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munfkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah sesiapa yang mampu melakukannya tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan mungkar atau mengurangi makruf” (Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim).

  • Dapat mengundang kepada fitnah terbesar iaitu fitnah manusia.

Suruh al baqarah ayat 191 hingga 193
[191] Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. [192] Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [193] Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

  • Dapat mendekatkan diri kepada syaitan laknatullah. Hal ini kerana apabila individu berdua-dua tanpa ikatan sah dan yang paling gemar manghampiri adalah yang ketiga iaitu SYAITAN. Dapat dirujuk dalam. Suruh al-Baqarah 208 "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.".
Walaupun kebaikan membonceng adalah lebih banyak berbanding ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM akan tetapi ingatlah sesungguh jalan menuju kemungkarankan ditaburi dengan dengan kesenangan yang sementara dan kehidupan yang kekal adalah kehidupan yang abadi denagn meletakan diri dilandasan yang benar. ingatlah kawan dan ini adalah kata-kata dari seorang teman kepada saya iaitu " kata pepatah: jalan menuju kejayaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri yang amat tajam. TERIMA KASIH RAKAN.

Suruh al Baqarah ayat 212

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

Dengan ini, usaha yang dilakukan oleh UTM yang sedaya upaya mewujudkan kempen SAY NO TO BONCENG amat bagus terutamnya untuk generasi muda yang kini mudah hanyut dengan kehidupan dan kesenangan dunia serta tidak lupa disertakan link untuk anda bagi melawat blog kempen yang dilakukan http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/.

Kepada sesiapa yang pernah membonceng seperti yang telah nyatakankan cubalah anda renungkan adakah jalan yang anda pilih itu benar atau tidak dan kembalilah bertaubat sesungguhnya ALLAH akan menerima taubat hambaNYA yang benar-benar insaf atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan dan marilah kita berhijrah dalam membawa diri kearah yang lebih baik baik dan dipenuhi dengan cahaya kilauan Islam. Ingatlah biarkan diri dicaci dan dibenci manusia atas sikap kita yang cuba mempertahankan kebenaran, jangan sampai kita dibenci ALLAH kerana sikap yang cuba mempertahankan laranganNYA. Penutup kata ' YANG BERLALU BIARKAN BERLALU, UBAHLAH NASIB MU DAN JANGAN BIARKAN DIRIMU TERUS KELAM DENAN KEMAKSIATAN PERCUMA".

Suruh at-Taubah ayat 11 dan 12
[11] Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. [12] Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

'kita bukan yang terbaik dan kita berusahalah menjadi seorang yang lebih baik' kata-kata seorang guru kepadaku......


tersayang

tersayang