Pada 27/4/2009 bermulalah episod yang baru dalam diriku iaitu kem hutan BERMULA !!!!!!!!. dalam kem hutan ini ia memberi sejuta makna yang tak dapat aku ungkapkan..... Walaupun waktu masuk kem hutan diri ini tak berapa sihat tapi aku tabahkan diri kerana ini adalah ujian ILLAHI kepada diriku dalam menghadapi kem hutan. Perasaan sedih juga menyelubungi aku apabila dalam jangka masa 2 minggu aku tidak dapat call mak aku yang berada di kodiang. Tetapi atas nasihat dan sokongan kawan2 aku tabahkan diri kerana aku masuk kem hutan sebab nak belajar bukan hendak suka2. Sewaktu dalam kem hutan juga ia melatih diri ini dalam menghargai cipta kurniaan ILLAHI yang tiada ternilai dan memberi satu pengalaman kepada aku dalam terus berusaha untuk menjadi seorang RIMBAWAN 24 yang bukan hanya pada nama tetapi dari dalam lahir dari dalam hatiku ini.
Sewaktu berada dalam kem hutan kami terpaksa masak sendiri tapi tak risau sangat la sebab selama nie pun memasak juga kat rumah n kat kolej pun boleh tahan jugak la. Yang bestnya dapat masak ramai-ramai n makan ramai-ramai. Sewaktu di kem hutan juga ia memberi satu semangat baru pada diri ini dalam menyesuaikan diri dalam hutan walaupun aku pernah masuk PLKN tapi tak la seseronok kem hutan. Memang tak dapat dinafikan waktu kem hutan muka aku agak masam n stress sebab aku diselubungi dengan masalah sakit pinggang n migrain yang mengacau aku sewaktu disana n tak lupa teringat kat kampung gak sebab budak2 kos len dah balik dah waktu tu huhuhuhu. Tetapi aku ingin ucap terima kasih kat semua staf , fasi dan rakan2 sebab banyak tolong aku sewaktu aku sakit, hanya ALLAH dapat balas jasa mareka. Aku berharap Kem Perhutanan 2009 menjadi medan dalam mengeratkan ukhwah antara sesama rakan sekelas. Dan aku berharap kem hutan ini akan terus diingati dan dikenangi.
Sepanjang Kem Perhutanan semua aktiviti yang dijalankan amat seronok dan mencabar. Yang paling seronok waktu kem berkumpulan sebab kena jalan selam hampir 2 jam. UHHHHH penatnya hanya TUHAN yang tahu tapi best sebab dapat merasai suasana berjalan dalam hutan. Waktu aktiviti burung hantu pun seronok gak tapi aku tertidur n teringat kat mak aku plak sebab duk sorang2 paham2 ja la jiwa tengah kacau. Waktu sharing moment macam nak nangis aku dibuatnya tapi kena banyak sabar sebab aku masuk kem hutan kan nak belajar. Boleh dikatakan semua aktiviti dalam kem best n menguji ketahanan diri. Tetapi ada satu aktiviti yang amat melucukan dan mengerunkan sedikit iaitu aktiviti hantu lilin... huhhhhh mana tak lucunya staf n fasi buat mcam2 suara nak takutkan peserta tapi sepanjang aktiviti hantu lilin aku banyak2 kan berdoa dan berzikir sebab lilin yang dibagi terpadam dan kena jalan sorang2 plak waktu malam lagi . Yang lawaknya waktu aktiviti tu ada la sorang ne tapi tak pasti sapa yang siap kasi salam 'ASSALAMUALAIKUM' kat aku. Nak gelak tapi tahan sebab ada jugak hantu yang bagi salam..... tapi tak pa aku tahan ja gelak tu sebab takut kena marah plak. Yang bestnya gak aku potong kawan aku sampai dia terkejut dia ingat aku hantu rupa2nya kawan dia....nak tau sapa?????? ( biarlah rahsia)..... Itulah pengalaman yang dapat aku kongsi dalam blog ne. Tapi aku tak dapat tulis semua sebab tak larat nak tulis banyak sangat yang selebihnya biarlah terpahat dalam hati ku ini. Sekarang ne aku dah ada kat kodiang akhirnya dapat pulang jumpa MAK!!!!! . Tarikh keramat 10/5/2009 telah menjadi satu kenangan abadi yang tak dapat aku lupakan iaitu........ KEM PERHUTANAN 2009 telah TAMMAT dengan mendapat gelaran kem hutan iaitu PAW dan kumpulan ku waktu kem hutan TRI-R dalam ingatan.
Kepada semua RIMBAWAN 24 : Diri ini mohon maaf jika diri ini sering kali menyakiti hati kalian dan aku berharap ukhwah yang dibina akan terus berkekalan dan berpanjangan. Aku doakan semoga kalian terus dirahmati ALLAH dan menjadi rimbawan sejati. insyaALLAH
( kepada sesiapa yang membaca janganlah kira sangat tatabahasa tu sebab cek tulis ja apa yang terlintas dan tak lupa SALAM UKHWAH FILLAH kepada semua pelawat blog ini )
No comments:
Post a Comment