Assalamualaikum w.b.t.
Malam ini adalah malam terakhir untuk sem nie di UPMKB, sebab inysaALLAH esk dah nak bergerak pulang ke kampung dengan menikmati cuti panjang dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Hari nie terlintas nak tulis pasal satu topik yang saya rasa bagus setiap umat islam mengetahuinya dalam melakukan gerakan-gerakan islam sama ada pada diri saya sendiri atau persekitaran . Tajuknya adalah KEPENTINGAN BEROGANISASI DALAM TUNTUTAN ISLAM.
Jika merujuk organisasi dapat ditakrifkan dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang dan dari segi syara' ialah satu kumpulan yang bergerak berdakwah.ika dirujuk suruh as-saff ayat 4 iaitu "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." ini sudah membuktikan bahawa islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara dan cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.
Sesetengah orang berfikiran jika ukhuwwah yang kuat lebih senang mengerakkan sesuatu kerja berbanding berorganisasi dan ingatlah itu adalah kata-kata yang kadang kala memakan diri umat islam sendiri apabila nilai organisasi dipertikaikan dan diketepikan suruh as-saff merupakan satu bukti yang kukuh dimana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah dalam melakukan sesuatu kerja demi kebaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan suruh al fatihah ayat 6 "tunjukilah kami jalan yang lurus". Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu dibawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi. Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini. Adakah objektif, misi dan visi yang diwawarkan dapat diperjelaskan . Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:
Kenapa ISLAM menuntut berorganisasi??
1. kerana kita tidak boleh membuat kerja seorang diri.jika berfikiran logik mampukah anda bergerak seorang diri dalam melakukan keraj-kerja isalm
2. untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan itu maka banyaklah pendapat yang kita dapat jika dalam satu syura)
3. supaya organisasi menjadi lebih tersusun dan sedikit sebanyak menarik minat masyarakat luar dalam memperjuangkan organisasi islam. pesanan ingatlah amar makruf nahi munkar bukan kerja mudah jadi bersatu itu penting dalam mencapai objektif yang dicari "Sabda Rasulullah : 'BARANG SIAPA YANG MATI DALAM KEADAAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA JEMAAH KAUM MUSLIMIN,MAKA BERERTI IA MATI SEBAGAI MATI JAHILIYYAH'' dan
Sabda Rasulullah lagi : '' HENDAKLAH KAMU BERADA DALAM JAMAAH KERANA SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU RAHMAT,SEDANG PRPECAHAN ITU ADALAH AZAB".
CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM??
1. mempunyai matlamat yang jelas.
2. sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan cegah mungka
3. perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5. kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata -kata IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6. tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batss haruslalah dijaga jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.
Kenapa organisasi islam kini semakin hari semakin mundur :
1. adanya sikap " tak pew lah ko kan ada, aku sapa la nak buat kerja-kerja macam tu". sikap macam nie lah menyebabkan kenapa organisasi islam dipandang remeh.
2. kurangnya generasi muda @ pelapis untuk memperjuangakan gerakan islam
3. menyerakan tanggungjawap kepada orang lain dan anggap dakwah islammiyah hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja.
4. kehidupan masyarakat yang semakin melalaikan.
6. takut untuk pikul tanggungjawap. INGATLAH ALLAH CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENTADBIR MUKA BUMI KEARAH KEBENARAN. MERUJUK suruh al-baqarah ayat 30 "
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
p/s : aku berharap dengan post pada kali ini memberi satu semangat baru dalam diri aku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Sesungguhnya sebelum aku menyertai satu program nie aku sangat takut dalam memikul tanggungjawap untuk mengerakan diri kejalan ALLAH. dan pernah sekali sewaktu perjalanan program aku terkelu dan hampir hendak menitiskan air mata apabila rakan-rakan ingin melantik aku menjadi ketua bagi kumpulan muslimat dan aku menolak denga alasan aku tak mampu nak pikul tanggungjawap sebagi ketua. Entah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan macam tu dan sewaktu diajukan soalan oleh seorang hamba ALLAH nie aku rasa seolah-olah lidah aku diikat untuk berkata-kata walupaun sebelum ini aku serorang yang petah bercakap.Waktu itu hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan gemuruh yang aku alami sampai soalan yang aku boleh jawap insyaALLAH TAPI tidak dapat dijawap. Mungkin itu satu pertunjuk bahawa kadang kala aku sendiri tersungkur dengan perasaan aku sendiri dan sikap aku sendiri yang tak berani nak pikul tanggungjawap. Alhamdullilah sewaktu satu slot program semasa muslimin pergi solat jummaat ada seorang kakak nie telah memberikan satu semangat kepada aku apabila aku menanyakan kepada beliau " akak bagaiman nak hilangkan sikap sukar untuk pikul tunggungjawap terutama tanggungjawap dalam tanggungjawap bidang dakwah". jawapan yang ringkas dengan maksud yang mendalam adalah " cuba adik fikir satu ja kalu adik tak buat sapa lagi nak wat". Alhamdullilah dengan kata-kata itu sedikit sebanyak mengubah kotak pikiran aku bahawa jangan takut untuk pikul tnggungjawap dan buat yang terbaik jika tidak berkemampuan mohonlah pertologan ALLAH suapya dipermudahkan dan itulah salah satu kepentingan berkerja dalam organisasi Islam iaitu membantu saudaranya tatkala saudaranya hadapi masalah. insyaALLAH aku akan cuba buat perubahan pada diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba memikul tanggungjawap semampu yang boleh amin. Dengan iut, sekiranya ada penambahan saya amat alu-alukan dalam saya membuat perubahan diri mejadi lebih baik. akhir kata terima kasih buat sahabat sakalian yang banyak membantu diri ini menjadi seorang yang lebih baik insyaALLAH. Sekian wassalam
Ini adalah maklumat tambahan yang dapat dikongsi bersama http://almuslimin.net/TEKADGEMILANG/?q=Kecemerlangan-organisasi-berteraskan-ajaran-Islam
No comments:
Post a Comment