21 November 2009

kembali lagi....


Assalamualaikum wbt.

10/11/2009 telah meninggalkan UPMKB untuk semester 3 dan 11 ari bulan pulang ke Kodiang dalam menikmati cuti dengan sebaik mungkin insyaALLAH dan dah seminggu tak lawat blog hari ne berpeluang lawat blog jugak Alhamdullilah. Hari ne kat rumah hujan lebat la jugak, sejuk boleh tahan la. Hari ne tak lupa mak masak kari ikan tenggiri pehhhh sedapppp tuuuu motif aku bagi tau hehehehe...... Untuk post kali kali ne ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua muslimin dan muslimat sekalian dalam meraikan hari raya nie jangan la lupa pada orang yang lebih memerlukan dan individu yang kurang berkemampuan. Post kali ne juga ingin memohon maaf jika diri ini banyak melakukan kesalahan yang sedar atau tidak dan kepada yang tahu jalan rumah cek jemputla noh dan insyaALLAH raya ke-3 mak cek buat kenduri sikit jemputla noh jangan malu-malu tau. Tujuan kenduri tu adalah untuk menyambut kakak ipar baru yang yang telah melekat dihati abangku yang ke-4 dan disambut sekali dengan akikah anak abangku yang ke-2 insyaALLAH.
Akhir kata, untuk raya kali adalah penebusan sebab raya aidilfitiri ari tu tak balik. semoga hari raya aidiladha dapt disambut dengan gembira dan penuh dengan kesederhanaan insyaALLAH.



09 November 2009

KEPENTINGAN BEROGANISASI DALAM TUNTUTAN ISLAM.


Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini adalah malam terakhir untuk sem nie di UPMKB, sebab inysaALLAH esk dah nak bergerak pulang ke kampung dengan menikmati cuti panjang dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Hari nie terlintas nak tulis pasal satu topik yang saya rasa bagus setiap umat islam mengetahuinya dalam melakukan gerakan-gerakan islam sama ada pada diri saya sendiri atau persekitaran . Tajuknya adalah KEPENTINGAN BEROGANISASI DALAM TUNTUTAN ISLAM.

Jika merujuk organisasi dapat ditakrifkan dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang dan dari segi syara' ialah satu kumpulan yang bergerak berdakwah.ika dirujuk suruh as-saff ayat 4 iaitu "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." ini sudah membuktikan bahawa islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara dan cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.

Sesetengah orang berfikiran jika ukhuwwah yang kuat lebih senang mengerakkan sesuatu kerja berbanding berorganisasi dan ingatlah itu adalah kata-kata yang kadang kala memakan diri umat islam sendiri apabila nilai organisasi dipertikaikan dan diketepikan suruh as-saff merupakan satu bukti yang kukuh dimana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah dalam melakukan sesuatu kerja demi kebaikan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan suruh al fatihah ayat 6 "tunjukilah kami jalan yang lurus". Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu dibawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi. Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini. Adakah objektif, misi dan visi yang diwawarkan dapat diperjelaskan . Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:

Kenapa ISLAM menuntut berorganisasi??
1. kerana kita tidak boleh membuat kerja seorang diri.jika berfikiran logik mampukah anda bergerak seorang diri dalam melakukan keraj-kerja isalm
2. untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan itu maka banyaklah pendapat yang kita dapat jika dalam satu syura)
3. supaya organisasi menjadi lebih tersusun dan sedikit sebanyak menarik minat masyarakat luar dalam memperjuangkan organisasi islam. pesanan ingatlah amar makruf nahi munkar bukan kerja mudah jadi bersatu itu penting dalam mencapai objektif yang dicari "Sabda Rasulullah : 'BARANG SIAPA YANG MATI DALAM KEADAAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA JEMAAH KAUM MUSLIMIN,MAKA BERERTI IA MATI SEBAGAI MATI JAHILIYYAH'' dan
Sabda Rasulullah lagi : '' HENDAKLAH KAMU BERADA DALAM JAMAAH KERANA SESUNGGUHNYA BERJEMAAH ITU RAHMAT,SEDANG PRPECAHAN ITU ADALAH AZAB".

CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM??
1. mempunyai matlamat yang jelas.
2. sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan cegah mungka
3. perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5. kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata -kata IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6. tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batss haruslalah dijaga jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.

Kenapa organisasi islam kini semakin hari semakin mundur :

1. adanya sikap " tak pew lah ko kan ada, aku sapa la nak buat kerja-kerja macam tu". sikap macam nie lah menyebabkan kenapa organisasi islam dipandang remeh.
2. kurangnya generasi muda @ pelapis untuk memperjuangakan gerakan islam
3. menyerakan tanggungjawap kepada orang lain dan anggap dakwah islammiyah hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja.
4. kehidupan masyarakat yang semakin melalaikan.
6. takut untuk pikul tanggungjawap. INGATLAH ALLAH CIPTAKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENTADBIR MUKA BUMI KEARAH KEBENARAN. MERUJUK suruh al-baqarah ayat 30 "
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

p/s : aku berharap dengan post pada kali ini memberi satu semangat baru dalam diri aku dalam melakukan kerja-kerja Islam. Sesungguhnya sebelum aku menyertai satu program nie aku sangat takut dalam memikul tanggungjawap untuk mengerakan diri kejalan ALLAH. dan pernah sekali sewaktu perjalanan program aku terkelu dan hampir hendak menitiskan air mata apabila rakan-rakan ingin melantik aku menjadi ketua bagi kumpulan muslimat dan aku menolak denga alasan aku tak mampu nak pikul tanggungjawap sebagi ketua. Entah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan macam tu dan sewaktu diajukan soalan oleh seorang hamba ALLAH nie aku rasa seolah-olah lidah aku diikat untuk berkata-kata walupaun sebelum ini aku serorang yang petah bercakap.Waktu itu hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan gemuruh yang aku alami sampai soalan yang aku boleh jawap insyaALLAH TAPI tidak dapat dijawap. Mungkin itu satu pertunjuk bahawa kadang kala aku sendiri tersungkur dengan perasaan aku sendiri dan sikap aku sendiri yang tak berani nak pikul tanggungjawap. Alhamdullilah sewaktu satu slot program semasa muslimin pergi solat jummaat ada seorang kakak nie telah memberikan satu semangat kepada aku apabila aku menanyakan kepada beliau " akak bagaiman nak hilangkan sikap sukar untuk pikul tunggungjawap terutama tanggungjawap dalam tanggungjawap bidang dakwah". jawapan yang ringkas dengan maksud yang mendalam adalah " cuba adik fikir satu ja kalu adik tak buat sapa lagi nak wat". Alhamdullilah dengan kata-kata itu sedikit sebanyak mengubah kotak pikiran aku bahawa jangan takut untuk pikul tnggungjawap dan buat yang terbaik jika tidak berkemampuan mohonlah pertologan ALLAH suapya dipermudahkan dan itulah salah satu kepentingan berkerja dalam organisasi Islam iaitu membantu saudaranya tatkala saudaranya hadapi masalah. insyaALLAH aku akan cuba buat perubahan pada diri supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba memikul tanggungjawap semampu yang boleh amin. Dengan iut, sekiranya ada penambahan saya amat alu-alukan dalam saya membuat perubahan diri mejadi lebih baik. akhir kata terima kasih buat sahabat sakalian yang banyak membantu diri ini menjadi seorang yang lebih baik insyaALLAH. Sekian wassalam

Ini adalah maklumat tambahan yang dapat dikongsi bersama http://almuslimin.net/TEKADGEMILANG/?q=Kecemerlangan-organisasi-berteraskan-ajaran-Islam

07 November 2009

tetap DIHATIKU!!!!!!!!

Insan tersayang .

Assalmualaikum w.b.t.
Hari nie baru sahaja habis muet alhamdullilah dan baru semalam ja balik dari program tarbiyah yang amat bermakna dan best yang aku alami. Hari ne rasa nak buat coretan mengenai insan yang selalu bertahkta dihati aku. Kasihnya dan wajahnya selalu aku ingati. Insan inilah menjadi tempat aku bergantung harap dan meluahkan perasaan selepas insan yang aku sayangi juga telah pergi menyahut seruan ILLAHI. Dengan adanya dia insan yang bergelar MAK kepada 5 orang 3 lelaki dan 2 perempuan dengan hasil perkahwinan bersama YAHAYA BIN CHEK yang bertahan hampir 40 tahun menjadi pendorong semangat buat anak-anaknya termasuk aku. Setiap kali memandang wajah pada gambar yang aku letakkan diatas meja aku aku sering berasa tenang dan jika aku ada masalah atau strees gambar insan ini yang sering kali aku pandang di samping banyak-banyak istigfar memohon pertunjuk ALLAH dan tatkala aku sedih dan ingin menangis gambar ayah dan ibuku selalu aku lihat rindu la katakan , gambar ayah aku ada satu ja tu pun susah nak cri sebab ayah aku seorang yang payah nak bergambar akan ku jaga gambar itu insyaALLAH. Kasih sayangnya sebagai seorang ibu tak dapat aku balas kecuali dengan doa yang berterusan. hanya doa yang buat masa sekarang aku mampu hadiahkan buat insan tersayang wahai ibuku. (DOA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM). kekuatan yang beliau miliki amat mengakumi aku dan mengajar aku erti kehidupan yang kadang kala kita tidak selalu dalam kehidupan senang dan keupayaan beliau amat mendorong aku untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Sewaktu mudanya selalu berkerja keras bersama arwah ayahku dalam mencari sesuap nasik untuk putra dan puterinya dan tidak pernah jemu mencari rezeki walaupun pelbagai masalah kerap dialami. Kekuatan dan semangatnya menjadi satu kekuatan pada diriku juga. Kini umur beliau telah mencapai 64 tahun dan alhamdullilah masih sihat walaupun sering kali mengalami masalah kesihatan yang sering kali beliau hadapai iaitu asma. Akan tetapi dengan penyakit yang beliau hadapi, beliau tak mudah mengalah dalam melakukan sebarang kerja dan sakit bukanlah alasan untuk dia dalam bergerak. Itulah ibuku. Keunikan ibuku adalah walaupun menjangkau 64 tahun adalah hobinya yang amat menghepikan aku iaitu memancing ikan pelikan susah nak jumpa wanita suka memancing macam mak cekk bukan nak bangga TAU tapi itu la ibuku. Dengan hobinya dapatlah aku dan abang dan kakak aku merasai ikan air tawar uhhhhh sedapppppppnyer. Pernah jga abang aku cakap pasal hobi mak aku nie iaitu 'mak tak payah la nak pe menggail ikan duduk ja kat rumah kalu nak makan biaq cek pe beli, mak rehat ja kat rumah' dan mak aku selalu membalas dengan kata-kata ini ' alah pe mengail ikan ja tak berbaloi nak beli kalu dah boleh dapat sendiri jimat sikit dan mak nie bukan boleh duk saja bok oi nak rehat ja lagi sakit mak nie'. dengan kata-kata itu membuatkan abangku terdiam tapi kadang-kadang terfikir juga yang mak sebelum nie terlalu kuat berkerja waktu mudanya dan kalu disuruh rehat lama-lama bertambah sakit la sebab otot-otot nyabiasa la dah bergerak kuat bekerja selama berpuluh tahun nak suruh rehat sikit dah rasa sengal-sengal badan dan SUNYI dalam bergerak dan tak boleh duk diam. Itulah mak aku kalu tak pergi memancing pada waktu petang bukan dia namanya. Keunikan ibuku tak dapat dibandingkan dengan orang lain yang kadang-kadang kala lebih suka duduk bawah pondok sembang-sembang kosong sambil mengeluarkan cerita baru @ MENGUMPAT. Dan itulah perkara paling mak aku tak suka, lebih dia duduk diam atau duduk dalam rumah tidur daripada dengar cerita-cerita yang tak berfaedah langsung dan yang paling unik pasal mak aku adalah masakannya iaitu ayam sambal yang memang tak dapat ditiru orang lain tidak lupa itu adalah KEGEMARANKU dan mak aku pun pandai masak nasik dangang (dah orang kelantan kan), macam-macam lagi la. Antara banyak anak aku yang paling suka kacau mak aku sebab aku nie sunyi tak tau nak kacau sapa ANAK BONGSU la kan abang gan kakak dah keje aku sorang duk kat umah dan mak aku jadi teman aku iaitu benda yang aku selalu kacau adalah pah mak aku, cakap kat mak bila nak kawin ag . Pasal kawin lain walaupun aku selalu menyakat tapi aku tak sanggup nak tengok mak aku kawin gan orang lain dan aku TAK NAK dapat ayah tiri dan aku pun tahu mak aku masih sayangkan arwak ayah aku walaupun kehidupan keluarga kami tak seperti orang lain, dan mak aku pun pernah cakap dia pun dah tua dia pun tak mau kawin dia nak duduk gan anak-anak dan nak jaga cucu cicit ja lega aku dengar kalu tak bertitle anak tiri aku. Nauzubillah tapi kalu itu jodoh mak aku aku tak bolah nak halang cuma aku boleh berdoa kesejahteraan mak aku.


Nei la telekung baru yang mak bagi.

Nie kuih raya yang mak bagi dan yang abang bagi tak sempat nak tangkap gambar

Cerita pasal sayang nie teringat kau raya tahun nie mak aku hadiahkan telekung baru buat aku sebab aku cakap telekung dah lama nak yang baru dan telekung baru tu lah menjadi hadiah buat aku sempena hari raya yang tak balik lagi buat kali ke-2 dan tak lupa pelbagai kuih-kuih yang enak-enak turut disertakan baaaa, dan itulah satu perkara yang membuatkan aku sayang sangat kat dia. Untuk sem nie juga dan buat pertama kali dalam hidup aku adalah aku hadiah sepasang jubah buat mak aku untuk pakai raya walaupun aku tak ada tapi baju itulah pengganti untuk aku walaupun tak mahal tapi aku rasa seronok sangat dapat bagi kat mak aku dan aku tau jubah itu tak dapat disamakan dengan adanya aku dirumah . Mana taknya pada malam raya tu satu pengakuan yang amat menyedihkan adalah apabila aku bertanya mak masak apa untuk raya esok dan jawapannya yang membuatkan aku menitiskan air mata adalah " mak tak masak apa-apa pun adik tak dak nak masak banyak-banyak malas tak dak sapa nak suruh mak masak banyak tu pun masak ketupat sikit sebab abang hang nak makan sangat-sangat". tersentap hati aku malam raya tu dengar ayat tu sayang jugak mak kat aku dan rasa menyesal jugak tak balik dan aku sebak bila kawan-kawan cakap diaorang nak balik cemburu aku. Alasan aku tak balik sebab satu nak jimat bajet dan walaupun aku tau aku disupport tapi kesian kat abang aku dia kan nak buat kenduri kawin jadi aku korban la sikit demi nak ringgankan beban dan aku tak boleh la nak paksa sangat sebab yang tanggung aku lepas ayah meniggal abang gan mak aku jadi aku haruslah menjadi adik yang prihatin ( prihatin la sangat dan sebab tak balik raya dapat lah pos kuih raya tok sem nie 2 kali mak satu abang satu bestkan walaupun sedih diperantauan huhuhu ). Hakikatnya walupun aku selalu sakat mak aku dan aku adalah orang yang selalu suruh mak aku masak banyak time raya dan orang yang habiskan adalah kakak dan abang aku. tu lah ROSYIDAH BINTI YAHAYA anak bongsunya kalu tak suruh mak dia masak banyak-banyak bukan dia namanya sebab aku suka tengok mak aku masak dan makan masakan mak aku yang penuh dengan kasih sayang seorang ibu kepada 5 orang anak dan tu lah sebabnya anak laki-laki lagi pandai masak daripada aku anak perempuan yang hanya setakat boleh masak gitu-gitu jer boleh sebab yang jadi macm tu suka tengok orang len masak bukan nak masak sendiri hehehee. Pada sekarang nie dengan izin ALLAH mak dan arwah ayah aku berjaya membentuk satu keluarga yang besar iaitu :
  • 5 orang anak ( 3 putra dan 2 putri)
  • 4 orang menantu ( 3 menantu perempuan dan 1 menantu lelaki _hanya tinggalkan aku saja yang belum berjaya memberikan mak aku menantu dan tak dak jodoh agi hehehe apa yang penting belajar dulu hanya boleh berdoa dijumpakan dengan insan soleh yang boleh bimbing diri ini kerah kebenaran.
  • 6 cucu dari anak sulung, 3 orang cucu dari anak ke-2, 2 orang cucu dari anak ketiga dan 13 orang cucu dari anak pertama mak aku sebelum perkahwinan dengan ayahku. tapi kitaorang tak pernah angggap dia orang asing sebab dia juga anak mak dan tetap kakak kitaorang walaupun ayah lain tu buka penghalang ukhuwah kami antara adik beradik.
  • Cicik ada juga dalam 5 orang. huhuhu aku dah bergelar TOK CIKKKK... tak per biar nama tok cik janji HAPPY.
Meriahkan sungguh kalu berkumpul tak muat rumah tapi seronok la dan kalu dapat berkumpul tak menang tangan nak masak dan time tu mak aku dapat rehat sebab banyak anak-anak dara yang ambil alih tugasanya kecuali untuk masak nasik dangang tak dak sapa yang dapat ambik alih termasuk cek la. Jika nak nak diurai akan kasih, pengorbanan mak aku tak dapat aku nytakan sepenuhnya sebab aku aku tak mampu nak uraikan semua cuma aku berasa bersyukur sangat kerana bisa bergelar nak kepada dia dan bisa berada dalam rahim seorang insan yang bergelar insan istimewa buat diriku. Akhir kata , adik sayang dan akan jaga mak sehingga akhir hayat adik dan jika ada insan yang ingin memiliki diri ini ia harus menyayangi ibuku seperti mana aku sayanginya kerana itulah insan yang aku ada selepas ayah pergi menyahut seruan ILLAHI. SEKIAN WASSALAM

05 November 2009

MOTO PUNYA PASAL....


Assalamualaikum wbt...
Hari terasa nak membuat coretan sikit pasal seorang kawan saya yang bernama .... atau lebih dikenali sebagai BULAT.. hehehe. Nak kasi cerita sikit pasal dia ne yang baru jew nak belajar naik moto. Orang kata niat nak belajar tu tak pa tapi yang paling menyayat hati step-step yang diamalkan untuk dai belajar moto ada sedikit masalah.. mana tak nya orang suruh break moto yang dia tahan moto dengan tangan guna tangan lawakkan... mana tanya orang cipta break elok-elok nak guna tangan jugak nak hentikan moto. tapi tak per sabar yer bulat nanti syidah ajar ko lagi insyaALLAH .. ko kena kuat semangat jangan menyesal dengan apa yang berlaku.. tapi serius waktu ko jatuh kitaorg termasuk syidah risau sangat kat ko takut apa yang tak elok berlaku. tapi alhamdullilah tak da apa-apa yang berlaku walaupaun ko mengadu kaki ko sakit. sabar yerrrrr. tapi ko jangan la pulak marah kitaorg sebab gelakkan ko tak dak niat pun. mana taknya ko yang jatuh sendiri pun gelak apatah lagi kitaorg... jangan marah yer nanti kita belajar lagi yer and kita akan buat pengenalpastian break dulu tau supaya cempedak tak jatuh buat kali kedua. hehehehe. apa-apa pun ingin aku nyatakan disini adalah langkah kita dalam melakukan sesuatu kerja sama ada sebelum atau selepas dan aku mengfokus kan kepada step-step untuk naik kenderaan kepada orang islam dan kepada yang bukan islam anda boleh mengikut kepercayaan agama masing contoh motor supaya apa yang terjadi depan aku hari tu menjadi iktibar dalam menjadikan diri ini insan lebih baik. step-stepnya adalah:

Sebelum naik kederaan :

Doa Naik Kenderaan
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

1. baca bismillah dan mulakan niat sebelum naik kenderaan serta doa naik kenderaan ( niat yang baik dan bukan niat yang kearah kemungkaran)
2. perhatikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat.

Semasa naik kenderaan :
1. baca Bismillah lagi.... setiap perkerjaan yang dilakuakn mulakan dengan kalimah ALLAH
2. buat alunan zikir supaya dipermudahkan jalan pergi dan pulang.
3. tumpu perhatian terhadap destinasi yang hendak dituju.
4. berhati-hati ketika dalam perjalanan. "berhati-hati dijalan raya"

Selepas menaiki moto
1. ucap Alhamdullilah selepas selamat sampai ke destinasi.
2.pastikan destnasi yang sampai tu bukan tempat menuju kearah kemaksiatan.

P/S: KEPADA SESIAPA INDIVIDU YANG MENJADI SAKSI PADA HARI KEMALANGAN TERSEBIT MARILAH KITA BAGI SEMANGAT BARU KAT DIA DALAM UNTUK BELAJAR NAIK MOTO... tuan punya badan jangan la pulak marah yer..... dan tak lupa sebarang penambahan mengenai ADAB-ADAB MENAIKI KENDERAAN MENGIKUT ISLAM boleh dikongsi bersama yer....

04 November 2009

bicara kata


Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

27 October 2009

sayangku sayang


Alhamdullilah hari nie ALLAH masih bagi kesempatan kepada aku dalam hidup dibumiNYA yang indah lagi permai ini..... hari nie baru ja habis paper sukatan hutan yang agak senang dan agak susah. Tapi yang bestnya hari nie aku dapat memasukkan slide show gambar-gambar baby yang aku kumpul melalui internet. Kepada sesiapa yang telah aku copy gambar dari website korang maaf yer sebab cantik sangat aku ambik buat simpanan. Terima kasih kepada semua website yang telah aku copy gambar, sorry tak letak link sebab banyak sangat...... untuk hari nie aku dah dapat kumpul seratus lebih gambar baby tapi tak sempat nak letak semua dalam slide show kerana internet yang agak slow.Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat letak jugak . Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan kemudahan dalam aku meletakan gambar kesukaan aku. Kepada yang nak tengok slide tu turun scroll ke bawah. Selamat melihat yerrr ...... Apa yang boleh aku katakan memang cute sangat jangan lupa tengok. hehehehe. Namun di sini ingin aku katakan bahawa pada 10/10/2009 aku akan pulang ke semenanjung untuk menikmati cuti sem yang di nanti-nanti INSYAALLAH dan 2/1/2010 aku akan berangkat kembali datang ke Bintulu. Keberangkatan pulang ke Bintulu agak lewat sebab ada sedikit hal yang ingin aku selesaikan iaitu berkaitan dengan masalah yang pernah aku ceritakan pada post yang sebelum nie. doakan aku semoga berada dalam keadaan baik dan sejahtera yer. Dan tadi aku dah gtau kat Pn. Marina KJ JBTN HUTAN pasal balik lewat mujurlah dia faham and aku kena wat surat pengesahan dan dapatkan cop Dr. Ida , semoga ALLAH pemudahkan jalan hidup dan mati aku dalam menjadi insan yang bergelar ISLAM. Berbalik kisah yang lain pula aku terasa gerun plak sebab 7/10/2009 ada MUET huhuhuhu. semoga ALLAH permudahkan perjalanan dalam aku menghadapi MUET. Dan mesti korang tertanya-tanya time-time exam pun aku boleh update blog and tak reti nak study ker!!!. Ne lah langkah-langkah yang kau ambik nak hilangkan stresssssss!!!!!!!!. To my kampung i will backkkkk..... WAIT ME!!!!!!!!!!!!!!. Sekian wassalam...


20 October 2009


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
sumber adalah laman tetap diriku iaitu : http://www.iluvislam.com/

tersayang

tersayang