29 December 2015

Anak-Anak Syurga: Catatan 1

Setiap anak yang dilahirkan adalah permata
Setiap anak yang dilahirkan adalah cahaya
Setiap anak yang lahirkan adalah rezeki dan hadiah dari sang Pencipta
Setiap anak yang dilahirkan adalah rahmat dan kasih sayang daripada Allah buat hambaNya
Setiap anak yang dilahirkan adalah mata-mata rantai perjuanan Rasullulah
Setiap anak yang dilahirkan adalah anak-anak syurga
Setiap anak yang dilahirkan adalah bekalan disana kelak


Maka 



Setiap anak yang dilahirkan BUKAN dilahirkan dalam keadaan BODOH

Yang mengelarkan manusia lain bodoh maka disitulah jelaslah kebodohan yang ditunjukkan
Jika tidak mahu di gelar BODOH jangan memperBODOHkan diri dengan mengelarkan orang lain BODOH



#DoaAdalahSebaikSebaikSenjata



#SetiapAnakYangDilahirkanAdalahAnakSyurga



#رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

02 September 2015

10 TAHUN

Selalu terlintas kat pikiran
Cemburu bila tengok orang lain mampu bergambar bersama ayah masing2
Cium tangan ayah masing.
Tapi selalu sebut dalam hati jgk
"Walaupun dia tiada disisi namun Allah bagi aku anugerah yang mana aku punya kenangan termanis dan sangat bernilai bersama dengan ayah w/pon sat sj"
Tiba-tiba

( mata masuk bijik cabai)

17 August 2015



Hayati kata-kata TGHH ni. Andai hari ini kita berkata ingin bersama presiden bukan semata2 berkata 'aku sokong presiden' tetapi berusaha dan bekerja bersama Islam. Kalu hari ini kita masih takut-takut untuk berkata-berkata dan kentengahkan Islam, dimanakan nilai perjuangan Islam
Andai ingin bersama kepimpinan ulamak contohilah akhlak dan sikap ulama.


Muhasabahkan diri kita, hari ini kita berkata bersama kepimpinan ulamak adakah sikap kita dan akhlak kita seperti seorang yang mencintai dan akan bersama-sama ulama?


Kehidupan akan datang adalah rahsia Allah. Mungkin dulu dia musuh Islam atau bukan Islam, dengan Izin Allah apabila dia Istiqamah dengan prinsip-prinsip Islam barangkali dia lebih baik daripada kita.


Jangan mendabik dada dengan banyaknya hari ini sumbangan duit dan tenaga kita
Janga berasa hebat dengan sijil dan kad yang berada dirumah
Namun hakikat kita nak sebut tentang Islam pun malas
Jiran sebelah rumah pun kita malas nak dekati?, nak sampaikan Islam apatah lagi.
Itu jiran, dengan ahli keluarga?, nak ajak solat berjemaah pun susah.


Apa yang kita sibukan? Fikirkan
Ingatlah sijil dan kad yang kamu ia sekeping kertas yang tidak membawa nilai.
Hayati isi kandungan solat diwaktu tahiyat akhir dan syahadah kita. Disitu terselit perjanjian/biah kita kepada pencipta yang diulang-ulang dalam solat setiap hari.


Jika hari ini kamu berpaling daripada perjuangan, Islam tidak akan rugi sedikit pun tidak akan rugi.

14 August 2015

INSAN TERISTIMEWA


Insan yang satu-satunya ALLAH tinggalkan untuk aku. Selagi aku hidup cuba sedaya upaya berbakti untuknya. Dan cuba sedaya upaya mengubah sikap aku supaya aku mampu menjadi anak yang soleh.
Insan yang berbakti kepada kami adik beradik
Insan yang tak pernah jemu dalam membesarkan kami

Tatkala kami sakit dia doktor kepada kami

tersayang

tersayang