28 March 2010

ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN....

Alhamdullilah akhirnya dapat juga upload gambar waktu ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN. perjalanan aktiviti disana memang best sebab disana saya berpeluang untuk menjalani aktiviti kemasyarakat bersama dengan ahli BIC dan YAYASAN AMAL SERAWAK. tidak lupa sewaktu disana kami juga berpeluan untuk melaksanakan solat Asar berjemaah, Magrib berjemaah dan sedikit tazkirah oleh Ust. Abdul Halim dan tidak ketinggalan sedikit jamuan disediakan untuk santapan jemaah yang hadir ( pehhhh sedap makan laksa serawak lagi tue he23xxxx _berbalik kepada niat yang asal_) . Waktu pergi ziarah dakwah tue sedikit sebanyak memberi peluang kepada diri dalam proses untuk mentarbiyah diri menjadi lebih baik (tajuk forum malam sebelum tue -TARBIYAH-). harap-harap untuk masa akan datang dapatlah lagi join aktiviti macama ne walaupun ari ne ada ziarah dakwah ke kg. jepak ajuran NISA tapi tak dapt turun sebab letih sangat baru ja balik dari Samarakan petang semalam dan kena wat persediaan tuk test Sivilkurtur.. huhhuuhuu ya ALLAH permudahkanlah jalanku amin..

Sedikit pengisian untuk diri sendiri dan semua pelawat blog ne :

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)



SEKIAN TERIMA KASEH.....

21 March 2010

RINDUNYAAAAAAA

13 March 2010

mana perginya BAHASA dan KATA-KATA

Alhamdullilah hari ni aku masih menghirup udara segar tatkala diri masih memikirkan adakah layak diri ini menghirup udara segar itu. Kerana banyak sangat kesalahan dan kesilapan diri ini pada yang maha ESA. ya Allah ku mohon kepada Mu rahmati hidupku dengan menyemai nilai yang boleh membentuk peribadi mulia dalam diri ini. Diri ini tahu banyak sekali kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tak kira nampak atau tidak. ya ALLAH dalam aku menjalani proses belajar sebagai seorang insan bergelar manusia ENGKAU perbaikilah diri hambaMU ini dengan satu nilai yang lebih baik pada masa sekarang dan tidak lupa aku memohon ya ALLAH bantulah aku dalam aku menjaga bahasaku, kata2ku dan perbuatanku ya ALLAH.

Sedikit potongan hadis dan ayat al-QURAN untuk pedoman hidupku :

Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.(Surah Ibrahim: 24-26)

Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)

Entah kenapa hari ni rasa rasa cerita pasal bahasa dan kata2. Bukan niat dihati nak fokus kepada mana2 individu tetapi ini adalah untuk pedoman diri aku terutamannya. Sebb sekarang ne aku tgk banyak sangat penggunaan bahasa yang kurang elok dan sopan digunakan. Kenapa bahasa macam harus digunakan. Ustazah kat sekolah dulu pun selalu cakap setiap kata-kata adalah satu doa dalam jika 44 kali mengeluarkan kata-kata samaada baik atau tidak maka doa itu akan dimakbulkan (wallhualam) . If kata-kata yang baik dikeluarkan tak per contoh 'sem ne insyaALLAH ko dapat anugerah dekan'....... tapi tak bahasa yang dikeluarkan amat-amat kurang sedap didengari contoh yang selalu didengari :
  • dow ( bodoh)
  • cial (sial)
  • babi
  • bongek
  • mcm-mcm lagi lah.
Walau mcm mana pun , tidak diri ini katakan bahasa yang aku gunakan adalah terbaik tapi kadang2 tersentap jugak lah bila time kawan-kawan kita cakap "aku lapor dow" atau istlah mudah difahami "aku lapar bodoh". mana perginya nilai bahasa yang baik...... aku pun kadang-kadang terpengaruh dengan bahasa mcm tu tapi selepasa sorang cosmate ne bagitau maksud dia tersentap aku mana taknya hampir seminggu aku gunakan perkataan "dow" tanpa memahami maksudnya. Terima kaseh sahabat sebab memberitahu ku jikalau tidak dapat dosa free la sebab mendoakan perkara tak elok kepada sahabt kita. ya ALLAH ampuni dosaku dan hindarilah aku perkara2 yang boleh menyesatkan aku.

Dalam proses aku tgk kawan-kawan dan org lain ada faktor-faktor yang menyebabkan mereka kerap kali guna bahasa mcm tue iaitu :
  • terpengaruh dengan cite-cite (filem,drama sebab sekrang ne kalu cite berunsur lslamik cakp tak up to date tapi kalu cite-cite keterlaluan nak pulak _kalu tgk demi pengajaran dan pedoman hidup len cite ne kalu lebih-lebih mcm tue!!!!!!!!!!)
  • faktor rakan-rakan ( sebab rakan-rakan selalu sebut kita nak terpengaruh tapi jika rasa benda tu boleh merosakan kita jangan lah diikuti kalu kita imbau kisah-kisah nabi adakah diorg guna bahasa2 mcm tue dalam dalam berdakwah.)
  • tak paham maksud dan ikut jer (itulah situasi yang aku hadapi dan akhirnya terima kaseh ya ALLAH sebab menyedarkan aku)
Tidak lupa kadang-kadang diri ini selau ja keluarkan bahasa yang kasar terutamnya bila time marah. Tapi aku berjanji akan cuba ubah sikit demi sikit sapa2 yang selalu terkena sembur tu maap la yer sapa suruh kacau time emosi tak stabil.. ha23xxx. apa-apa pun kita semua dalam proses belajar jika kita terlajur dalam Islam ia memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.... jadi fikir-fikirkan. Tapi kadang-kadang aku pelik aku time bergurau ada cakap kataku kasar contohnya aku marah org tu kalu dia melawak dengan aku balik.. Jangan risau aku tau sapa yang selalu bergurau dengan aku dan kalu aku marah sebenarnya bukan marah betul just a joke to all my friends...... insyaALLAH mulai 14/3/2010 ROSYIDAH BINTI YAHAYA akan cuba memperbaiki diri kearah lebih baik AMIN........
ne adalah link yang sesuai dirujuk: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=494


01 March 2010

ziarah dakwah

tersayang

tersayang