25 July 2011

berkatalah benar walaupun pahit...

alhamdullilah masih berkesempatan utk menulis...
allahukbar...
baru ja ak dapat mesej "salam syidah jgn tulis kat white board td pengetua tegur"..... ak pun balas "w'salam, maaf cik wan".....
salah kah aku tulis,
terasa ke wahai cikgu??????
kenapa nak terasa...
salah kah apa yang ak tulis...
benda tue hakikat..
kalu kamu terasa maknanya ada something yang kamu wut salah..
malu lah pada ALLAH.....
ALLAH tahu apa yg kamu buat.. sehebat mana pangkat kamu, gaji kamu, kerja kamu, tpi hasil dari sumber222 tue kamu tak guna kearah kebaikan......
setiap apa yg kita makan jadi darah daging.....
nauzubillah.. semoga ALLAH mengampuni ak sekiranya ak melakukan benda tue dgn sengja tau tidak... sbb ak takut dgn azab ALLAH.. lebih baik fakir harta jgn fakir nilai agama.. ya ALLAH kurniakanlah ak kesenangan yg ENGKAU redhai.... jauhkanlah ak dr perkra2222 yg boleh memudaratkan diriku, keluargaku, shbt22ku serta muslimin dan muslimat ya ALLAH....
jauhkah kami dari kefakiran ilmu ya ALLAH....
istiqamahkan diri kami untuk terus berada dijalan yang benar.. jalan yang engkaur redhai... berkatilah rezeki yg ENGKAU berikan......



sebelum tue ne kata222 yg ak tulis kat white board: kalu sapa yg terasa bagus lah " ALLAH MAHA MELIHAT, JDI JAGALAH KECANTIKAN DALAM".. :)

10 July 2011

apabila perempuan tudung labuh berCINTA


Panaskan tajuk kat atas!!!!!

apa!!!!!!
perempuan tudung labuh jatuh cinta
boleh ke???????
perempuan pakai tudung labuh buat date
boleh ke???????
duduk dgn sorang laki+ sorang perempuan walaupun tempat terbuka
boleh ke???????
selalu pulak buat mcm tue
boleh ke???????
ada rukhsah/kemudahan ke kalu perempuan tudung labuh duduk dgn lelaki yg bukan mahram
boleh ke???????
diorang niat nak kawen kononnya mengejar cinta akhirat sebb slalu bagi tazkirah sama2, kejut subuh, baca Quran sama2
boleh ke???????
boleh ke perempuan tudung labuh jadi macam tue, boleh ke???? boleh ke????

Sekiranya kita merujuk kepada situasi diatas ada saja persoalan BOLEH KE???? timbul. Kenapa situasi itu boleh timbul. Memang nampak aneh kerana dari segi zahir nampak seperti tarbiyah lengkap musthahil berlakunya seperti itu. Tetapi perkataan musthahil itu sudah menjadi tidak musthahil pada masa kini iaitu dalam situasi umat akhir zaman.

Situasi ini seringkali timbul dalam suasana kampus, universiti. Antara faktor pengalak kepada benda ini rakan-rakan, media hiburan... yang paling ditakuti apabila Syaitan menjadi pengalak kepada nafsu yang meninggi.

Surah an-nur ayat 21:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui.

Kadang-kadang tak sangka luarannya elok tapi boleh terjerumus dengan kes2 seperti ini. Kadang-kadang individu yang terlibat benda seperti ini sanggup menebalkan muka untuk memberikan makanan maksiat kepada Syaitan. Kadang-kadang beranggapan tak per hanya ALLAH sahaja tahu niat ak, orang lain tak tahu apa yang ak buat...... seronoknya jawapan seperti itu... syaitan ketawa terbahak2 mana taknya suka akan kata hikmah yang disampaikan oleh seorang insan yang mengejar cinta manusia semata2.

Manusia kadang-kadang alpha dengan mainan halus syaitan dalam menewaskan tentera ALLAH. sedarlah wahai sahabiah sayangilah dirimu itu, hiasilah luar dalam dalam mu dengan keimanan yang teguh. jangan sesekali mudah jatuh ditangan lelaki yang hanya sekadar mengangap dirimu seperti patung. suka disentuh dan suka dibuang. malulah kamu kepada ALLAH. luaran mu kelihatan cantik tetapi dalaman mu penuh dengan titik-titik hitam yang mengugat keimanan mu. aku berkatakan ini bukan menganggap diriku adalah yang terbaik. tepi aku berasa malu, apabila pakaian yang indah yg melekat pada dirimu tidak secantik dengan akhlakmu. peliharalah dirimu. andainya datang perasaan cinta dalam dirimu peliharalah cinta itu sebaeknya. letakkanlah cinta itu ditempat yang selayaknya. jangan biarkan cinta mu itu murah dan boleh dipandangan. bentuk satu cinta itu cinta mencari redhanya..... percayalah sahabatku

Surah an-nur ayat 26:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Seandaninya kamu mahukan yang baek peliharalah dirimu dari awalnya baek. jangan biarkan dirimu seperti perempuan murahan yang cinta mereka berlandasan nafsu semata-mata. cinta itu fitrah tanpa cinta kita tidak akan kenal pencipta. tetapi jangan biarkan cinta itu memakan dirimua iaitu cinta yang mengundang fitnah, cinta yang mengangat redha syaitan dan mengenepikan redha ALLAH. nauzubillah...

seandainya kamu ingin memiliki cinta sempurna, sempurna dalam mendapat redhaNYA jauhkanlah dirimu wahai sahabat dari cinta yang sia2. andai kamu ingin memiliki yang terbaek (suami yang terbaek, anak2 yang terbaek, keluarga yang terbaek) bimbinglah diri sahabat untuk menjadikan yang terbaek.

permulaan yang bersih kerana redhaNYA, insyaALLAH pengakhiran jua akan bersih dengan redhaNYA..... hiudp tanpa redhaNYA, tiada ketenangan yang abadi dapat dicari.

sayangilah dirimu sahabatku.
sayangilah dirimu sahabatku.
sayangilah dirimu sahabatku

Sesungguhnya azab api neraka itu sangat pedih, selamatkan diri kita wahai muslimah daripada menempah tiket ke neraka...... adakah kamu suka ke nereka??? nauzubillah

ingatlah jangan lah kita terlalu gembira dengan kelebihan dari segi luaran kita. sepatutnya sifat malu perlu makin meninggi.. iaitu malu kerana ALLAH ...

dan orang diluar sana: jangan beranggapan orang bertudung lebUh, lengkap penjagaan auratnya, tinggi ilmu agamanya tidak pernah melakukan dosa. kita manusia semua adalah sama disisi ALLAH cuma setia
p manusia mempunyai kelebihan dan kekurangnya sendiri.

wahai muslimah yang bakal melahirkan mata2 rantai perjuangan tetapkan pendirian mu, insyaALLAH ALLAH akan menyediakan yang terbaek utkmu... mengapa kamu perlu risau akan jodoh???? risau akan tua?????? itu semua ketentuan ALLAH.. di lebih MENGETAHUI... rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah hak milik kekalNYA.... JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA.



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah



.. MARILAH KITA KEJAR REDHANYA.. WALLUALAM..

08 July 2011

letakkan cinta itu selayaknya...


Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.


cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.


Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.


Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya
Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.


Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.
Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.
Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

30 May 2011

Masih ada ...

salam kepada semua, maaf blog ini masih dalam penambahbaikan.
maaf lama tak wut posting (1st malas (jgn tiru ya), 2nd sibuk sikit).
saya tak pasti bila blog ini akan siap sepenuhnya..
insyaALLAH 31hb ne akan turun ke kelantan.
insyaALLAH akan masuk Pondok Pasir Tumboh selama 40 hari.
jadi lambat lagi blog nak siap sbb saya tak bawak laptop ke sana
apa2 pun yang melawat blog ini saya ucapkan terima kaseh. tinggal link blog anda insyaALLAH after saya balik saya akan lawat blog anda balik.. insyaALLAH jika dipanjangkan umor..
tidak lupa doakan perjalanan pergi dan pulang ke pondok dengan selamat.. semoga Ilmu yg hendak saya timba dirahmatiNYA... mencari tarbiyah diri spya diri tak kosong... insyaALLAH.....
semoga kita bersua lagi....... hidup tenang bersama ISLAM.....

29 May 2011

ROSYIDAH: lengkapkan dirimu dengan TARBIYAH ISLAMIYAH :)




Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan pada tarbiyah, beliau menegaskan akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah danmujahadah’ (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.

Beliau berkata :

“Bahwa ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”

Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan(tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :

1. Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.

2. Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.

3. Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.

Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :

a. Memerlukan jalan yang panjang dan berat.

b. Memiliki banyak rintangan dan hambatan.

sehingga tidak ada yang mampu bersabar melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja.

Namun hanya ini merupakan satu-satunya jalan menuju satu tujuan dan tidak ada alternatif lainnya sehingga dengan itu pula Al-Ikhwan menamakan gerakan ini dengan sebutan :

“Madrasah pembinaan dan pembentukan yang diasaskan di atas manhaj yang komprehensif dan agung”.

Ia adalah :

1. Madrasah yang menjadikan agama sebagai sumber kehidupan.

2. Madrasah yang mampu mentarbiyah potensi individu.

3. Madrasah yang melakukan perjanjian dengan individu yang ditarbiyah.

4. Madrasah yang membentuknya memiliki sifat-sifat amilin yang soleh dan sempurna samada dari sudut kefahaman mahupun keyakinan, akhlak dan perilaku sehingga menghadirkan contoh yang agung sepanjang sejarah dan perjalanannya.

Sesungguhnya ia menjadi sebaik-baik madrasah.

Jika sekiranya tidak ada tarbiyah, maka Al-Ikhwan tidak akan mampu menghadapi zionis dan mengalahkannya ketika berlakunya peperangan di bumi Palestin menghadapi pasukan Inggeris di terusan Suez.

Begitu pula dengan tarbiyah yang mantaplah yang menjadikan mereka teguh dalam menghadapi berbagai ujian, cubaan, penjara, siksaan dan celaan yang mendera mereka.

Imam Hasan Al-Banna merupakan pengasas madrasah ini di saat berlakunya perubahan pada sisi Islam yang mulia dari sekadar pandangan-pandangan yang bersifat teori yang terdapat dalam buku-buku kepada alam realiti yang dapat dirasakan dan disentuh melalui tarbiyah dan takwin.

Beliau menegaskan akan peri pentingnya memantau barisan dan membersihkannya dari kelemahan di mana beliau berkata :

“Jika di antara kamu ada kelompok yang sakit hatinya, menyembunyikan tujuan terselubung, ketamakan yang ditutupi dan kecewa pada masa lalu, maka keluarkanlah semuanya dari jiwa kamu kerana yang demikian itu akan menjadi pembatas masuknya rahmat, penutup masuknya cahaya dan taufik ke dalam hati”.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN TARBIYAH

Imam Hasan Al Banna berkata tentang tarbiyah :

“Bahawa dakwah Al-Ikhwan memiliki keistimewaan khusus dengan ciri-ciri yang berbeza dari dakwah-dakwah yang lain; samada yang semasa dengannya atau pada masa lainnya dan di antara ciri-cirinya adalah perhatiannya terhadap pembentukan dan memiliki tahapan dalam setiap langkah-langkahnya”.

Pembentukan dan tarbiyah yang kukuh menurut Al-Ikhwan memiliki ciri-ciri dan keistimewaan khusus yang tidak boleh diingkari oleh para murabbi, iaitu di antaranya:

1. At-Tarbiyah Ar-Rabbaniyah (Tarbiyah Rabbaniyah) bahwa kita memiliki dakwah rabbaniyah yang setia kepadanya dan di antara ciri-ciri khas dakwah rabbaniyah ini adalah :

a. Al-Masdar Ar-Rabbani (Sumber Yang Rabbani) dengan erti bahwa dakwah ini menerima segala perintahnya dari Allah, berjalan sesuai dengan kehendak Allah dan sesuai dengan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kita.

b. Al-Ittijah Ar-Rabbani (Arah Yang Rabbani) dengan erti bahwa kami hanya berharap segala usaha dan kerja kami hanya kerana Allah dan mencari redhaNya dan dari sini, kami semua bebas dari berbagai tuduhan (seperti tujuan menghalalkan segala cara); kerana kami berusaha menjadikan arah Rabbani sebagai manhaj kami.

c. Al-Wasilah Ar-Rabbaniyah (Wasilah Yang Rabbani) iaitu bahawa kami tidak berjalan dalam melakukan perubahan menggunakan wasilah lain yang ditolak oleh syariat sehingga mampu mewujudkan tujuan yang rabbani.

2. At-Tarbiyah As-Syumuliyah (Tarbiyah Yang Menyeluruh) iaitu tarbiyah yang mencakupi berbagai potensi jiwa manusia (akal, perasaan dan perilaku), sehingga memberikan pembentukan pada segala potensi tersebut haknya dalam melakukan perubahan dan sempurna dalam melakukan proses perubahan tarbiyah. Jika tidak, maka perubahan yang kita lakukan merupakan perubahan yang sia-sia dan hampa dan hanya menghasilkan individu yang hampa pula.

3. At-Tarbiyah Al-Wasatiyah (Tarbiyah Yang Bersifat Pertengahan) iaitu tidak ada‘ifrat’ (pengurangan) dan ‘tafrith’ (berlebihan) di dalamnya, tidak cenderung pada satu sisi terhadap kepentingan sisi tertentu, tidak berlebihan pada satu perkara dan tidak mengindahkan perkara lainnya, namun menggunakan segala perkara dengan seimbang, adil dan jalan pertengahan.

4. At-Tarbiyah Al-Insaniyah (Tarbiyah Yang Manusiawi) iaitu terbiyah yang membuka interaksi dengan jiwa manusia bukan benda mati; yang dalam perjalanannya menggunakan sunnah Ilahiyah dalam berinteraksi dengan jiwa manusia dan menyedari bahawa setiap jiwa memiliki prinsip-prinsip, sendi-sendi, ciri-ciri, perasaan dan sentuhan yang mesti sentiasa diperhatikan.

5. At-Tarbiyah Al-Manhajiyah (Tarbiyah Yang Bertahap) iaitu tarbiyah yang sentiasa bertahap dalam langkah-langkah dan fasa pembentukannya sesuai dengan prinsip bertahap dan sesuai dengan konsep yang tersusun rapi, tergambar dan jelas ciri-cirinya, tidak terburu-buru, tidak mendahului realiti dan tidak melampaui tingkatan tangga tarbiyah yang diidam-idamkan kerana barangsiapa yang tergesa-gesa sebelum tiba waktunya maka akan mengalami penyesalan.

6. At-Tarbiyah Al-Mustamirrah (Tarbiyah Yang Berkesinambungan) iaitu tarbiyah yang dimulai dari semenjak kelahiran hakiki jiwa manusia; dengan konsep komitmen terhadap dakwah dan tarbiyah, bahkan mungkin dimulai pada umur baligh, kemudian diteruskan sesuai dengan perjalanan hidupnya secara sistemik hingga akhir hayatnya; iaitu kerja tarbiyah yang tidak pernah berhenti. “Dan Beribadahlah kepada Tuhanmu hingga datang kematian” (QS Al-Hijr : 99), kerana itu seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dirinya memiliki tingkat paling atas (senioriti) dalam kerja tarbiyah walauapapun posisinya.

7. At-Tarbiyah Al-Ijabiyah (Tarbiyah Yang Positif) iaitu dakwah menuju cita-cita yang waqi’ie dan keberkesanan dalam kerja, terfokus pada pembahasan tentang jiwa yang positif yang dimulai dari dalam diri, terfokus padanya dan berusaha meningkatkan potensi yang ada di dalamnya, menggelorakan jiwa yang positif dan konstruktif, efektif dan produktif serta menyebarkan jiwa optimis dalam diri.

8. At-Tarbiyah Al-Waqi’iyah (Tarbiyah Yang Realistik) iaitu tarbiyah yang dimulai dari jiwa seadanya, berkomunikasi sesuai dengan keadaan dan realiti yang melingkunginya.

9. At-Tarbiyah Al-Murunah (Tarbiyah Yang Anjal) iaitu tarbiyah yang seiring dengan keadaan amal dakwah iaitu menyangkut individu dan masyarakat yang melingkunginya.

10. At-Tarbiyah Al-Harakiyah (Tarbiyah Yang Sentiasa Dinamik Dalam Bergerak) iaitu tarbiyah yang dibangun di atas asas pembinaan medan yang realistik, bukan sekadar ideologi atau teori semata-mata.

11. At-Tarbiyah Ad-Daqiqah Wal Amiqah (Tarbiyah Yang Kukuh dan Mendalam)iaitu tarbiyah yang bukan hanya nampak pada permukaan semata-mata, namun meresap ke dalam lubuk hati manusia dalam berbagai ajaran, wasilah dan bentuk-bentuknya.

KANDUNGAN TARBIYAH

Al-Ikhwan telah memberikan batasan tentang konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut :

1. Cara yang bersinergi dalam berinteraksi dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan langsung; samada dengan kata-kata atau qudwah (keteladanan), sesuai dengan manhaj dan wasilah khusus bagi melakukan perubahan ke atas manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial dan politik, akal dan jiwa, ilmu pengetahuan dan seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang mengarah kepada pengislahan perilaku dan bekerja untuk mewujudkan insan soleh yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain, (dalam pandangan dan ideologi, perasaan dan sentuhan rasa, tujuan dan wasilahnya), pembentukan yang menembusi ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam bentuk nyata semata-mata, yang direfleksikan dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu pada individu atau peribadi yang ditarbiyah.

Maka dari orang yang teguh dengan tarbiyah, mampu melintasi jalan panjang yang menyebar serta menyentuh setiap individu, keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan bangunan Islam yang lengkap; dengan memperhatikan tahap-tahap perubahan yang diidam-idamkan; “pengetahuan, perasaan dan perilaku” atau “jiwa, hati dan raga”, sebagai manhaj untuk melakukan pembentukan yang dimulai oleh individu.

TARBIYAH BEKALAN UTAMA DALAM DAKWAH

Mana mungkin kita akan berterusan dalam dakwah kecuali jika kita cukup bekalan tarbawi kerana orang yang tidak cukup bekalan tidak akan dapat memberi tarbiah kepada orang lain.

Tarbiyah sepatutnya menjadi syiar kita dalam dakwah malah ia seharusnya menjadi keutamaan kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan kita dan yang semestinya dijadikan sebagai realiti di medan.

Kita pindahkan segala teori kepada praktikal serta pelaksanaan yang mendalam.

Di antara ciri-ciri tarbiah adalah :

  1. Menghimpunkan.
  2. Menyusun.

Intima’ kita bukan sekadar intima’ fikrah semata-mata atau emosi sahaja atau haraki semata-mata malah intima’ kita dengan dakwah ini terbahagi kepada tiga rukun :

  1. Intima’ fikri pada akal.
  2. Intima’ hati di jiwa.
  3. Intima’ haraki pada anggota tubuh badan.

Maka tarbiah yang sebenar yang fahami oleh Al-Ikhwan adalah secara tanzimi (tersusun) dan tajmi’ (menghimpunkan).

Ya Allah kekalkanlah diri kami di atas jalan tarbiyah ini yang akan memantapkan penggabungan kami terhadap harakah yang berkat ini meliputi pemikiran, hati dan pergerakan kami.

13 April 2011

siri 1 mari mengenal tokoh ISLAM = gelaran “al-Faruq”

Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi, sewaktu berumur 33 tahun, kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat.

Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud “orang yang membezakan hak dengan yang bathil”. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.

Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Umar dilantik memegang jawatan sebagai khalifah kedua menggantikan Abu Bakar pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah, bersamaan dengan 23 Ogos 634 Masihi.

Sifat-Sifat Peribadi

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah penyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegnag jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang memerlukan.

a) Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

b) Berani

Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah SAW sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah SAW supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya itulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”.

c) Adil

Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan kuda.

Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan sistem pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Akhir Hayat Khalifah Umar al-Khattab ra

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yang banyak melakukan pembaharuan kepada negara Islam. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada Saidina Uthman b. Affan ra.

Allahu a’lam.

*** Gambar tersebut adalah novel yang dihasilkan oleh Abdul Latip Talib, novel tersebut mencerita sedikit sebanyak berkiatan kisah hidup pejuang ISLAM ini... besttttt

26 February 2011

HATI YANG PALING INDAH



Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu.

CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.


KETIDAKADILAN
Saya akui, dalam melewati pertengahan usia tiga puluhan ini, dari sehari ke sehari kian kerap saya mengimbas pengalaman masa lalu, mengutip pengajaran dari kehidupan, terutama kenangan-kenangan yang pahit dan mencabar. Yang banyak merobek hati dan menitiskan airmata kepedihan.

Walau siapa pun saya, saya tetap seorang manusia biasa yang adakalanya tewas dengan emosi sendiri. Dan saya yakin, tiada seorang pun yang terkecuali dari mengalami situasi ini.

Telah banyak kita membaca, mendengar dan menyaksikan, bagaimana sebahagian orang mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak; makan minumnya dijaga rapi, pakaian, permainan, hiburan dan segala yang diinginkan oleh si anak dari kecil hingga menginjak dewasa diberi tanpa banyak soal.

Namun, bila melihat sikap si anak yang bagai melupakan budi orang tua, mereka kecewa. Limpahan kasih mereka kepada si anak dibalas dengan curahan kata-katanya yang menyakitkan, memberontak, tidak mendengar nasihat dan seumpamanya.

Berapa ramai pula para isteri yang meluah masalah, telah melakukan yang terbaik untuk suami tercinta. Memasak makanan kesukaannya, menatahias kediaman mereka agar bersih dan selesa, membasuh dan menyediakan pakaiannya, mengasuh dan mendidik anak-anak sewaktu ketiadaan suami di rumah, berusaha menenangkannya saat suami berhadapan masalah, merawat kesakitannya dan lain-lain khidmat bakti seorang isteri buat suami yang dikasihi.

Namun, bila satu-satu ketika, isteri juga memerlukan perhatian serupa, suami bagaikan tidak perasan, lebih bersikap acuh tak acuh dalam mempamerkan penghargaan. Lalu, isteri makan hati dan merajuk kerana merasa dirinya tidak dihargai dan disayangi.

Demikian seterusnya, suami menjeruk rasa terhadap isteri, rakan sesama rakan, jiran antara jiran, pendakwah terhadap mad’unya, kakitangan bawahan terhadap majikan/pihak atasan mereka dan lain-lain lagi.

Di satu pihak mereka merasa hanya banyak memberi, tetapi tidak terlalu kerap menerima.

Terbit justifikasi, adilkah keadaan sebegini?

KISAH SEKEPING HATI
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” ( Surah al Qalam ayat 4 )

Justeru itu, mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Terus memuhasabah diri ini……

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.
sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2011/02/hati-yang-paling-indah.html#more

tersayang

tersayang