MULAKAN DENGAN

27 February 2010

Alhamdullilah


Alhamdullilah bersyukur kehadrat ILLAHI sbb dengn rahmatNYA akhirnya berjaya menjayakan sambutan maulidur rasul peringkat upmkb yang dianjurkan oleh BPI, HEP dengan kerjasama KEPUTRA. walaupun banyak kekangan dan halagan berlaku saya berbangga dengan semua ajk sbb berhaya menjayakan program ini walaupun byk masalah yang berlaku dan situasi terkejut dan mengejut yang berlaku. dalam program ne banyak pengalamn yang dapat ditimba terutamanya dapat stay up dengan ajk maulidur rasul yang gempak giler. walaupun dalam stress tapi senyuman tetap terukir diwajah ajk semua. insyaALLAH jika diberi peluang harap dapat bekerjasama lagi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti bercorak kerohanian ISLAM. Sayang korang semua sebb banyak membantu syidah dalam menjadi ketua ajk program iaitu ajk terkejut dan mengejut dan ddalam 4 hari kita berjaya menjayakan program ne walaupun time forum agak sadis jugakla tapi dihadapi dengan tenang dan setiap masalah yang berlaku ALLAH memberikan jalan penyelesaian buat kita tok hadapinya. Dengan merujuk surah kegemaran saya iaitu :

' wahai orang-orang beriman, sekirannya kamu membantu agama ALLAH nescaya ALLAH akan membantu kamu dan meneguhkan lagi kedudukanmu' surah muhammad ayat 7.

Tak lupa sebarang kesilapan dan ketidaklancaran program syidah memohon maaf kepada semua sebb tu semua dalam proses terkejut dan mengejut. hu3x. dan kepada semua ajk mohon maap yer kalu tersakat, terkata, tergurau dengan korang. tapi ikhlas korang semua best dan sebarang cacat cela dalam program kita ambik sebagai proses belajar utk semua. insyaALLAH dan tahniah wat RIMAWAN sebb menang tempat ke-2 tok lagu kerohanian

Pagi ne baru ja balik dari ziarah dakwah di hosp. bintulu best giler sebab dapat join aktiviti macam tu harap dapat join lagi. hu3x terima kaseh kak umi sebab jemput syidah gan kawan2 yang lain dan tak lupa dapat makan koteow sup heheheheheh sedap ..... sekian tu saja buat masa ne.. jumpa dilain masa.

19 February 2010

kerinduan......

Assalamualaikum...

Waktu duk tgh menulis dikala wantu hujan dan tak dapat basuh baju yang bertimbun terasa nak menulis sikit pasal sahabat. Entah kenapa rasa rindu kat sahabat yg selalu berada dekat dengan diri ini dikala sedih atau senang. apabila terpikir pasal sahabat sekaran ne payah utk cari sahabat. Sebab tu rasa rindu kepada diorg membuat diri ini sayang dan kasih kepada diorang. kepadamu sahabat aku tujukan sebuah puisi yang aku karang secara bidan terjun untuk korang. tak sedap senyao2 yer..... ha3x.

Sahabat.........
Dikala dirimu jauh,
Aku terkenangkan mu,
Takala aku berseorangan rinduku hanya ALLAH yang tahu,
Aku rindu padamu sahabat,
Bilakah kita akan bertemu lagi,
Adakah korang rindu padaku?.

Sahabat,
Walaupun jarak memisahkan kita,
Ku tetap ingatkan dirimu,
Wajahmu,
Pekertimu,
Tawamu,
Tangisanmu,
Masih terpahat dalam lubuk hatiku.

Sahabat,
Semoga ikatan yang kita pegang ini,
Menjadi ikatan abadi antara kita,
Semoga ALLAH memberkati hidup kita sahabat.

Akhir kata, sahabatku insyaALLAH jika dipanjangkan umur kita akan berjumpa lagi dan aku disini di bumi sarawak akan selalu ingatakn korang......... SALAM UKHUWAH FILLAH wat dirimu.

04 February 2010

SUKAR DICARI!!!!!

Gambar : kak liza, bang bok (nama sebenar saidina bezakan) dan mak ..... _semua muka letih mana taknyer sibuk kehulu kehilir_

Asslamualaikum w.b.t.

Dah lama tak update blog, sibuk sangat la katakan. ha3x. sambil duk dengar lagu wali band teringat nak tulis pasal pengalaman waktu cuti sem ari tu... cuti sem ari tu byk penglaman manis, pahit, payau, kelat dan mcm2 lagi lar mana taknya.... apa2 kita rujuk pada list dibawah...

1. Pengalaman gembira :
  • balik ja mak gan kak ipar jemput kat sek.men.keb. megat dewa (bahagianya dapat jumpa mak)
  • dapat makan masakan mak sepanjang waktu cuti tak lupa kak-kak ku yang masak kecek hati depa nanti.
  • mak belikan MP3 utk selalu dengar ayat2 AL-QURAN (harap2 dapat membantu nak hufaz quran)
  • sambut raya haji kat umah kak yah malam tu.
  • 3 hari lepas raya mak wat kenduri 3 dalam 1 : kenduri kawin, akikah,dan bersunat.....
  • dapat jumpa geng2 sekolah. dapat jumpa rosli,hizami, roy,syifa,kiah,nisah,biha, dan ramai agi....
  • dapat makan ikan air tawar selalu sebab mak cari sendirikan.... nyummmm2222..
  • dapat sambut hari lahir sama dengan maal hijrah 1431.. seronok mak bagi skirt koko sebb memang sebelum ne pun tak pernah pakai skirt dan tak lupa hanisah kasi kek sedap nyummmmmmm.
  • dapat jumpa geng2 usrah....
  • dan mcm2 lagi yang tak terungkap....
2. sedih
  • balik je cuti selalu duk dalam bilik (mak selalu marah sampai bang mad tegur entah kenapa aku jadi macm tu. )
  • cicik suaudara meniggal kat kota bharu sebb jatuh mato. jatuh 6.00 ptg, 7.00 meniggal.. sedih sangt waktu sebb baru je balik dari masjid dan tajuk tazkirah tu pada solat jenazah.. sedih sangat22222 macam tak caya sebab raya haji tahun 2008 last jumpa sebab sambung belajor kat upmkb.
  • jatuh moto time result pmr kuar dah la jatuh depan s.mk.tunku bendahara pulak tu.... sk lama cek.
  • time kenduri ayah tak dak. 1st time kenduri kawin ayah tak der.. sedih sangt kadang2 terbayang kalu ayah ada lagi seronok. tapi nak wat mcm mana dah ALLAH lebih sayangkan ayah....... nanti kalu kenduri aku pun ayah tak der gak sedih sangat22222 ( tapi hakikanya bilanyer nak wat sbb masih terlalu jauh agi n yang pasti cek sambung lagi belajq dan berusaha utk dapat keje bagus jaga mak, balas jasa abang gan akak insyaALLAH.. tu yang penting wat masa sekarang dan tak lupa nak antar mak wat haji dan wat upah haji kat ayah inyaALLAH)
Selepas menjalani cuti sem bersama keluarga hakikatnya banyak agi yang berlaku cuma tak larat nak tulus ... penat.. ha3x. waktu nak balik ke upmkb rasa mcm sayu sebab terpaksa tinggalkan keluarga lagikan... tapi mak selalu pesan pe sana (upmkb) sebab nak belajaq jadi tak payah sedih2 belajq elok, huuuuuu sebak hati. tapi tak pe tu cabaran anak perantau walaupun hakikatnya beratttttt. sampai ja kat upmkb terus tepon mak dan last cakap tepon ada bagitau mak 'CEK SAYANG MAK".

Rasa macama sedih sangat sebab akhirnya dapat ungkap gak kata2 tu setelah sekian lama terpendam. Sejak telepon waktu tu setiap kalu mak call, atau call mak pasti ungkapan 'SAYANG'
akan ku ucap..... inysaALLAH sbb sekrang hanya doa dan sayang dan kasih aku je dapat bagi kat mak. KORANG NANTI CUBA CAKAP SEKALI SAYANG KAT MAK GAN AYAH KORANG (bagi yang tak biasa) mesti nanti korang lebih rapat gan family insyALLAH. Ingat bila lagi nak ucap kalu bukan SEKARANG......BERBALIK KEPADA YANG ASAL,,,, kalu dimakbulkan ALLAH aku akan wat mak happy dan senang dan tak yah hidup susah agi.. ya ALLAH bantulah aku dalam mengapai impian aku ini ya ALLAH kepadaMU aku memohon rahmati hidupku didunia dan akhirat amin...... Sekian setakat ini sahaja semoga diri ini dapat menjadi anak solehah dan tidak lupa jasa ahli keluarga yang banyak membantu walaupun kadang2 sikap aku yang sedikit teruk... semoga ALLAH berkati aku, keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh saudaraku....

tersayang

tersayang

my cute baby