23 September 2010

telatah anak saudara :)





02 June 2010

kembali mencoret....

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah saat ne masih mampu menulis walaupun tak seberapa, namun dengan rahmatNYA kita masih mampu meghidup udara milikNYA subahanALLAH.....
Sekarang time cuti praktikal, time cuti balik ke UPMKB dengan menghabiskan masa dalam 13 hari cuti..... start 27/5 hingga 8/6/2010.. lama sangat cuti sampai tak tau nak buat apa, tapi dengan rahmatnya Alhamdullilah Maghrib dengan Isyak tadi dapt berjemaah kat masjid Asyakirin. best sebab dapat jemaah, kalu kat tempat praktikal tak dak masjid atau surau untuk jemaah selalu ja solat sendiri, dah time cuti ne dah dapt peluang ambik kesempatan untuk berjemaah. terima kasih ya ALLAH denga rahmat dan nikmatMU dalam memudahkan perjalanan hidupku.. ENGKAU kekalkanlah nikmat itu dalam aku berjihad dijalanMU. Waktu duk kat masjid Asyakirin tadi Alhamdullilah para jemaah bertambah SAFF tenang tengok, kanak-kanak pun turut serta best sangat dan ada jugak satu slot ceramah yang disampaikan oleh seorang ust. yang tajuk berkaitan dengan Palestin dan Yahudi laknatullah. Pada masa yang sama, ada buat Solat Hajat untuk memohon rahmat dari ALLAH untuk disedekah kepada sahabat kita disana. Semoga ALLAH berkati sahabatku disana. Sebelum mula solat hajat ada sikit tazkirah yg disampaikan oleh ust. Alif.. perggggh best penyampaian dia... ada satu kata-kata dia buat aku tertarik " orang Yahudi ne lemah sebab tu bila dengar umat ISLAM menghulurkan bantuan ke GAZA mereka berasa gerun, gerun sebab ISLAM bersatu untuk menolong sahabat disana (lebih kurang mcm tue lah huhu)" . Pastu ust tue juga suruh jemaah lebih semangat untuk sebut ALLAHUAKBAR , memang best la walaupun sekejap dan semangat ust tue buat jemaah buka mata bahawa Yahudi yang dianggap kuat sebab ada senjata canggih, hakikatnya lemah. Umat ISLAM lebih kuat, walaupun tak kuat dengan senjata tapi kita kuatkan martabat ISLAM dengan ILMU, BUDI PEKERTI, AMALAN dan DOA.dalam tazkirah tue juga ust tue juga banyak tekankan dengan dalil surah Muhammad ayat 7 (my favrite ayat) :
wahai orang beriman , sekiranya kamu membantu agama ALLAH, ALLAH akan membantumu dan akan meneguhkan lagi kedudukanmu.

Jadi wahai sahabat jom la kita semua buka sedikit ruang dihati dalam memahami ayat tersebut. Ingatlah tak kira apa jua latar belakang kita , tua muda, kecik atau besar jangan ada sedikit perasaan malu untuk membantu demi kemenangan ISLAM.Walaupun kita tak mampu nak bantu dari segi tenaga, wang ringgit, doakan kalian amat diharapakan. "sejata umat ISLAM adalah doa". jadi keraplah kita berdoa supaya kemenangan milik ISLAM dan hancur234555555554 Yahudi LAKNATULLAH. insyaALLAH doa yang ikhlas akan diterima ALLAH amin.... tak lupa dalam setiap kali solat fardu cubalah selitkan "ya ALLAH berikanlah kemenenangan kepad ISLAM dan hancurkan laknattulllah yang cuba merosakan agama yang suci (AGAMA ISLAM)...
cuba kalian bayanngkan :

5 x solat (24434) X 5x doa kalian =25 doa / seorang
jika 1000 X 5 orang = 25000 dan jika lebih lagi sykur alhamdullilah....

Ne lah salah satu kita hendak menolong agama ALLAH. tetapi ingatlah jangan sesekali beranggapan bahawa setiap yang kita buat demi ISLAM sudah mencukupi kerana itu adalah salah sifat yang membawa kepada kejatuhan ISLAM sebenarnya dan letakkan dalam diri apa yang kita buat adalah dengan 1 niat iaitu " MENCARI KEREDHAAN ALLAH" tak dak niat ke 2,3,4 .......... apa pun doakanlah sahabt kita di GAZA dan sahabt yang turun membantu selamat handakNYA... amin ya RAB..... Setakt itu sahaja coretan kamek kali ini... insyaALLAH kalu panjang umor coretan seterusnya kembali......
HANCUR23456789XXXXXXX YAHUDI, ISLAM MENANG...

17 April 2010

mula dan akhir

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah final exam dah habis dan praktikal menunggu. haaa siap la ko syidah g praktikal tempat tak der line fon. tapi tak per reda yang penting pengalamn hu22333x ( tapi terdetik gak huhhhh). its ok try to learn something new insyaALLAH.
Waktu-waktu mcm ne entah la pasai apa rasa nak nangis ada nak sebak pun ada. mana taknya sem ne sem last bersama kakak2 ( kak shila, kak umi, kak hafizah, kak fatimah, kak ayuni, kak awin, n kak zu) huhhhhh tak tau nak ungkap mcm mana sebab kalu org anggap diri ne mcm sentimental tapi ne hakikatnya . sem depan dah tak dak kakak naqibah dah ya ALLAH mcm mana la hidup aku sem depan adakah lebih baik dengan sebelum ne... wallahualam. dulu gan kak shifa , skeg ne kakak2 tu pulak. dapatkah aku sesuaikan diri sebab diaorang lah kadang2 tempat aku kongsi masalah. upmkb adalah tempat permulaan kami dan dengan keputra kami lebih erat walaupun mcm2 konflik, sifat dan perangai tapi tu yang buat aku kenal diri aku sendiri. kalu di pikirkan siapa yang nak dengan perpisahan, tapi nak wat mcm mana setiap pertemuan ada pepisahan walaupun pahit. ya ALLAH kurniakan aku kekuatan untuk hadapi semua ne :( ... ingat lagi time sama2 masak tuk iftar, buat jualan, keluar sama2, makan sama2 tido sama2. ermmmm sedih sangat. ya ALLAH walaupun takdir dah tetapkan kami akan lalui detik2 pepisahan ENGKAU permudahkanlah urusan mereka diluar sana nanti dan tetapkanlah hati kami dijalan MU ya ALLAH.
WAHAI SAHABAT KENANGAN BERSAMAMU ADALAH SATU PERKARA YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN, SETIAP DETIK DAN PERKENALAN AKAN TULUS DIINGATAN INSYAALLAH...... SAYANG KAMU SEMUA :):):)

28 March 2010

ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN....

Alhamdullilah akhirnya dapat juga upload gambar waktu ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN. perjalanan aktiviti disana memang best sebab disana saya berpeluang untuk menjalani aktiviti kemasyarakat bersama dengan ahli BIC dan YAYASAN AMAL SERAWAK. tidak lupa sewaktu disana kami juga berpeluan untuk melaksanakan solat Asar berjemaah, Magrib berjemaah dan sedikit tazkirah oleh Ust. Abdul Halim dan tidak ketinggalan sedikit jamuan disediakan untuk santapan jemaah yang hadir ( pehhhh sedap makan laksa serawak lagi tue he23xxxx _berbalik kepada niat yang asal_) . Waktu pergi ziarah dakwah tue sedikit sebanyak memberi peluang kepada diri dalam proses untuk mentarbiyah diri menjadi lebih baik (tajuk forum malam sebelum tue -TARBIYAH-). harap-harap untuk masa akan datang dapatlah lagi join aktiviti macama ne walaupun ari ne ada ziarah dakwah ke kg. jepak ajuran NISA tapi tak dapt turun sebab letih sangat baru ja balik dari Samarakan petang semalam dan kena wat persediaan tuk test Sivilkurtur.. huhhuuhuu ya ALLAH permudahkanlah jalanku amin..

Sedikit pengisian untuk diri sendiri dan semua pelawat blog ne :

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)



SEKIAN TERIMA KASEH.....

21 March 2010

RINDUNYAAAAAAA

13 March 2010

mana perginya BAHASA dan KATA-KATA

Alhamdullilah hari ni aku masih menghirup udara segar tatkala diri masih memikirkan adakah layak diri ini menghirup udara segar itu. Kerana banyak sangat kesalahan dan kesilapan diri ini pada yang maha ESA. ya Allah ku mohon kepada Mu rahmati hidupku dengan menyemai nilai yang boleh membentuk peribadi mulia dalam diri ini. Diri ini tahu banyak sekali kesalahan dan kesilapan yang dilakukan tak kira nampak atau tidak. ya ALLAH dalam aku menjalani proses belajar sebagai seorang insan bergelar manusia ENGKAU perbaikilah diri hambaMU ini dengan satu nilai yang lebih baik pada masa sekarang dan tidak lupa aku memohon ya ALLAH bantulah aku dalam aku menjaga bahasaku, kata2ku dan perbuatanku ya ALLAH.

Sedikit potongan hadis dan ayat al-QURAN untuk pedoman hidupku :

Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.(Surah Ibrahim: 24-26)

Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)

Entah kenapa hari ni rasa rasa cerita pasal bahasa dan kata2. Bukan niat dihati nak fokus kepada mana2 individu tetapi ini adalah untuk pedoman diri aku terutamannya. Sebb sekarang ne aku tgk banyak sangat penggunaan bahasa yang kurang elok dan sopan digunakan. Kenapa bahasa macam harus digunakan. Ustazah kat sekolah dulu pun selalu cakap setiap kata-kata adalah satu doa dalam jika 44 kali mengeluarkan kata-kata samaada baik atau tidak maka doa itu akan dimakbulkan (wallhualam) . If kata-kata yang baik dikeluarkan tak per contoh 'sem ne insyaALLAH ko dapat anugerah dekan'....... tapi tak bahasa yang dikeluarkan amat-amat kurang sedap didengari contoh yang selalu didengari :
  • dow ( bodoh)
  • cial (sial)
  • babi
  • bongek
  • mcm-mcm lagi lah.
Walau mcm mana pun , tidak diri ini katakan bahasa yang aku gunakan adalah terbaik tapi kadang2 tersentap jugak lah bila time kawan-kawan kita cakap "aku lapor dow" atau istlah mudah difahami "aku lapar bodoh". mana perginya nilai bahasa yang baik...... aku pun kadang-kadang terpengaruh dengan bahasa mcm tu tapi selepasa sorang cosmate ne bagitau maksud dia tersentap aku mana taknya hampir seminggu aku gunakan perkataan "dow" tanpa memahami maksudnya. Terima kaseh sahabat sebab memberitahu ku jikalau tidak dapat dosa free la sebab mendoakan perkara tak elok kepada sahabt kita. ya ALLAH ampuni dosaku dan hindarilah aku perkara2 yang boleh menyesatkan aku.

Dalam proses aku tgk kawan-kawan dan org lain ada faktor-faktor yang menyebabkan mereka kerap kali guna bahasa mcm tue iaitu :
  • terpengaruh dengan cite-cite (filem,drama sebab sekrang ne kalu cite berunsur lslamik cakp tak up to date tapi kalu cite-cite keterlaluan nak pulak _kalu tgk demi pengajaran dan pedoman hidup len cite ne kalu lebih-lebih mcm tue!!!!!!!!!!)
  • faktor rakan-rakan ( sebab rakan-rakan selalu sebut kita nak terpengaruh tapi jika rasa benda tu boleh merosakan kita jangan lah diikuti kalu kita imbau kisah-kisah nabi adakah diorg guna bahasa2 mcm tue dalam dalam berdakwah.)
  • tak paham maksud dan ikut jer (itulah situasi yang aku hadapi dan akhirnya terima kaseh ya ALLAH sebab menyedarkan aku)
Tidak lupa kadang-kadang diri ini selau ja keluarkan bahasa yang kasar terutamnya bila time marah. Tapi aku berjanji akan cuba ubah sikit demi sikit sapa2 yang selalu terkena sembur tu maap la yer sapa suruh kacau time emosi tak stabil.. ha23xxx. apa-apa pun kita semua dalam proses belajar jika kita terlajur dalam Islam ia memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.... jadi fikir-fikirkan. Tapi kadang-kadang aku pelik aku time bergurau ada cakap kataku kasar contohnya aku marah org tu kalu dia melawak dengan aku balik.. Jangan risau aku tau sapa yang selalu bergurau dengan aku dan kalu aku marah sebenarnya bukan marah betul just a joke to all my friends...... insyaALLAH mulai 14/3/2010 ROSYIDAH BINTI YAHAYA akan cuba memperbaiki diri kearah lebih baik AMIN........
ne adalah link yang sesuai dirujuk: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=494


01 March 2010

ziarah dakwah

27 February 2010

Alhamdullilah


Alhamdullilah bersyukur kehadrat ILLAHI sbb dengn rahmatNYA akhirnya berjaya menjayakan sambutan maulidur rasul peringkat upmkb yang dianjurkan oleh BPI, HEP dengan kerjasama KEPUTRA. walaupun banyak kekangan dan halagan berlaku saya berbangga dengan semua ajk sbb berhaya menjayakan program ini walaupun byk masalah yang berlaku dan situasi terkejut dan mengejut yang berlaku. dalam program ne banyak pengalamn yang dapat ditimba terutamanya dapat stay up dengan ajk maulidur rasul yang gempak giler. walaupun dalam stress tapi senyuman tetap terukir diwajah ajk semua. insyaALLAH jika diberi peluang harap dapat bekerjasama lagi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti bercorak kerohanian ISLAM. Sayang korang semua sebb banyak membantu syidah dalam menjadi ketua ajk program iaitu ajk terkejut dan mengejut dan ddalam 4 hari kita berjaya menjayakan program ne walaupun time forum agak sadis jugakla tapi dihadapi dengan tenang dan setiap masalah yang berlaku ALLAH memberikan jalan penyelesaian buat kita tok hadapinya. Dengan merujuk surah kegemaran saya iaitu :

' wahai orang-orang beriman, sekirannya kamu membantu agama ALLAH nescaya ALLAH akan membantu kamu dan meneguhkan lagi kedudukanmu' surah muhammad ayat 7.

Tak lupa sebarang kesilapan dan ketidaklancaran program syidah memohon maaf kepada semua sebb tu semua dalam proses terkejut dan mengejut. hu3x. dan kepada semua ajk mohon maap yer kalu tersakat, terkata, tergurau dengan korang. tapi ikhlas korang semua best dan sebarang cacat cela dalam program kita ambik sebagai proses belajar utk semua. insyaALLAH dan tahniah wat RIMAWAN sebb menang tempat ke-2 tok lagu kerohanian

Pagi ne baru ja balik dari ziarah dakwah di hosp. bintulu best giler sebab dapat join aktiviti macam tu harap dapat join lagi. hu3x terima kaseh kak umi sebab jemput syidah gan kawan2 yang lain dan tak lupa dapat makan koteow sup heheheheheh sedap ..... sekian tu saja buat masa ne.. jumpa dilain masa.

19 February 2010

kerinduan......

Assalamualaikum...

Waktu duk tgh menulis dikala wantu hujan dan tak dapat basuh baju yang bertimbun terasa nak menulis sikit pasal sahabat. Entah kenapa rasa rindu kat sahabat yg selalu berada dekat dengan diri ini dikala sedih atau senang. apabila terpikir pasal sahabat sekaran ne payah utk cari sahabat. Sebab tu rasa rindu kepada diorg membuat diri ini sayang dan kasih kepada diorang. kepadamu sahabat aku tujukan sebuah puisi yang aku karang secara bidan terjun untuk korang. tak sedap senyao2 yer..... ha3x.

Sahabat.........
Dikala dirimu jauh,
Aku terkenangkan mu,
Takala aku berseorangan rinduku hanya ALLAH yang tahu,
Aku rindu padamu sahabat,
Bilakah kita akan bertemu lagi,
Adakah korang rindu padaku?.

Sahabat,
Walaupun jarak memisahkan kita,
Ku tetap ingatkan dirimu,
Wajahmu,
Pekertimu,
Tawamu,
Tangisanmu,
Masih terpahat dalam lubuk hatiku.

Sahabat,
Semoga ikatan yang kita pegang ini,
Menjadi ikatan abadi antara kita,
Semoga ALLAH memberkati hidup kita sahabat.

Akhir kata, sahabatku insyaALLAH jika dipanjangkan umur kita akan berjumpa lagi dan aku disini di bumi sarawak akan selalu ingatakn korang......... SALAM UKHUWAH FILLAH wat dirimu.

04 February 2010

SUKAR DICARI!!!!!

Gambar : kak liza, bang bok (nama sebenar saidina bezakan) dan mak ..... _semua muka letih mana taknyer sibuk kehulu kehilir_

Asslamualaikum w.b.t.

Dah lama tak update blog, sibuk sangat la katakan. ha3x. sambil duk dengar lagu wali band teringat nak tulis pasal pengalaman waktu cuti sem ari tu... cuti sem ari tu byk penglaman manis, pahit, payau, kelat dan mcm2 lagi lar mana taknya.... apa2 kita rujuk pada list dibawah...

1. Pengalaman gembira :
  • balik ja mak gan kak ipar jemput kat sek.men.keb. megat dewa (bahagianya dapat jumpa mak)
  • dapat makan masakan mak sepanjang waktu cuti tak lupa kak-kak ku yang masak kecek hati depa nanti.
  • mak belikan MP3 utk selalu dengar ayat2 AL-QURAN (harap2 dapat membantu nak hufaz quran)
  • sambut raya haji kat umah kak yah malam tu.
  • 3 hari lepas raya mak wat kenduri 3 dalam 1 : kenduri kawin, akikah,dan bersunat.....
  • dapat jumpa geng2 sekolah. dapat jumpa rosli,hizami, roy,syifa,kiah,nisah,biha, dan ramai agi....
  • dapat makan ikan air tawar selalu sebab mak cari sendirikan.... nyummmm2222..
  • dapat sambut hari lahir sama dengan maal hijrah 1431.. seronok mak bagi skirt koko sebb memang sebelum ne pun tak pernah pakai skirt dan tak lupa hanisah kasi kek sedap nyummmmmmm.
  • dapat jumpa geng2 usrah....
  • dan mcm2 lagi yang tak terungkap....
2. sedih
  • balik je cuti selalu duk dalam bilik (mak selalu marah sampai bang mad tegur entah kenapa aku jadi macm tu. )
  • cicik suaudara meniggal kat kota bharu sebb jatuh mato. jatuh 6.00 ptg, 7.00 meniggal.. sedih sangt waktu sebb baru je balik dari masjid dan tajuk tazkirah tu pada solat jenazah.. sedih sangat22222 macam tak caya sebab raya haji tahun 2008 last jumpa sebab sambung belajor kat upmkb.
  • jatuh moto time result pmr kuar dah la jatuh depan s.mk.tunku bendahara pulak tu.... sk lama cek.
  • time kenduri ayah tak dak. 1st time kenduri kawin ayah tak der.. sedih sangt kadang2 terbayang kalu ayah ada lagi seronok. tapi nak wat mcm mana dah ALLAH lebih sayangkan ayah....... nanti kalu kenduri aku pun ayah tak der gak sedih sangat22222 ( tapi hakikanya bilanyer nak wat sbb masih terlalu jauh agi n yang pasti cek sambung lagi belajq dan berusaha utk dapat keje bagus jaga mak, balas jasa abang gan akak insyaALLAH.. tu yang penting wat masa sekarang dan tak lupa nak antar mak wat haji dan wat upah haji kat ayah inyaALLAH)
Selepas menjalani cuti sem bersama keluarga hakikatnya banyak agi yang berlaku cuma tak larat nak tulus ... penat.. ha3x. waktu nak balik ke upmkb rasa mcm sayu sebab terpaksa tinggalkan keluarga lagikan... tapi mak selalu pesan pe sana (upmkb) sebab nak belajaq jadi tak payah sedih2 belajq elok, huuuuuu sebak hati. tapi tak pe tu cabaran anak perantau walaupun hakikatnya beratttttt. sampai ja kat upmkb terus tepon mak dan last cakap tepon ada bagitau mak 'CEK SAYANG MAK".

Rasa macama sedih sangat sebab akhirnya dapat ungkap gak kata2 tu setelah sekian lama terpendam. Sejak telepon waktu tu setiap kalu mak call, atau call mak pasti ungkapan 'SAYANG'
akan ku ucap..... inysaALLAH sbb sekrang hanya doa dan sayang dan kasih aku je dapat bagi kat mak. KORANG NANTI CUBA CAKAP SEKALI SAYANG KAT MAK GAN AYAH KORANG (bagi yang tak biasa) mesti nanti korang lebih rapat gan family insyALLAH. Ingat bila lagi nak ucap kalu bukan SEKARANG......BERBALIK KEPADA YANG ASAL,,,, kalu dimakbulkan ALLAH aku akan wat mak happy dan senang dan tak yah hidup susah agi.. ya ALLAH bantulah aku dalam mengapai impian aku ini ya ALLAH kepadaMU aku memohon rahmati hidupku didunia dan akhirat amin...... Sekian setakat ini sahaja semoga diri ini dapat menjadi anak solehah dan tidak lupa jasa ahli keluarga yang banyak membantu walaupun kadang2 sikap aku yang sedikit teruk... semoga ALLAH berkati aku, keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh saudaraku....

25 January 2010

Wali – Tomat (Tobat Maksiat)


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat

dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

15 January 2010

cerita hati



Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

14 January 2010

salam takziah.....



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah hari ne ada buat majlis bacaan Yassin dan tahlil kat Pusat Islam atas pemergian ayahanda tercinta bekas mpp upmkb (afiq) dengan (bekas mtm biro kebajikan ( kak aishah atau kak yo'o). Waktu dapat berita tu aku agak terkejut dan sedikit sedih sebab ia mengingatkan aku waktu pemergiaan arwah ayahku.. sedih, sayu mcm2 perasaan yang dapat dirasai hanya TUHAN saja yang tau.. Tapi aku faham perasaan mereka kerana hilangnya orang tersayang tapi apa boleh buat takdir dah tentukan bahawa mereka pergi dahulu daripada kita. Buat afiq gan kak yo'o sabar dan tabah hadapi dugaan ini semoga roh dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan Korang-orang beriman. insyaALLAH. kita sebagai anak hanya mampu bisa berdoa semoga arwah tenang walaupun telah pergi meninggalkan kita. Kuatkan iman, tabahkan diri, perbaiki diri jadi yang lebih baik dan jangan mudah putus asa. Ingat setiap dugaan dan cabaran ada hikmah disebaliknya. salam takziah dariku buat anda berdua.

tersayang

tersayang