24 June 2018
KISAH RAYA
Cuti raya yang lepas, alhmdullilah dapat balik kampung.
Dapat pe kebun.
Insyallah tunggu buah masak sahaja :)
https://www.facebook.com/soyabean.racer/posts/2125041474192420
https://www.facebook.com/soyabean.racer/posts/2126887530674481
15 January 2017
Muallimah Haraki 1
Jangan sangka yang buta mata itu buta
Jangan sangka yang celik mata itu celik
Kerana ramai yang celik mata tetapi buta hati.
Alhamdullilah berkesempatan untuk hadiri Kelas Pengajian Al Quran mengunakan teknik Braille ( teknik khas untuk orang cacat penglihatan)
Sewaktu sesi kelas tersebut sempat mendengar secara live bacaan ayat suci Al Quran daripada tenaga pengajar disitu.
MashaAllah sangat tersusun dan tartil bacaannya berbanding insan yang celik yang kadang2 bacaan ' asal nak cepat ' @ 'asal baca' tetapi penghayatannya pun hanya sekadar 'asal boleh'. Astarfirullahhalaazim.
Walaupun mereka Allah berikan mata yang tidak melihat tetapi mereka punya hati yang bersinar.
Ingatlah wahai insan celik:
1) Jangan kamu rasa amalan kamu kini lebih baik daripada orang lain kerana risau lebih banyak riak dalam diri.
2) Jangan anggap kamu punya amalan sudah banyak, apabila melihat orang sekeliling seolah2 seperti ti kosong. Ingatlah saat itu, kamu dilanda satu penyakit hati yang mungkin boleg merosakkan amalan tersebut.
3) Setiap hamba Allah mempunyai perbezaan@kaedah untuk dekat dengan Allah, jangan sesekali perkecilkan usaha orang & rasa diri itu hebat.
4) Jangan sangka kamu yang celik sudah cukup sempurna sedangkan hatimu punya karat2 yang berbisa.
5) Beramallah dengan rasa
-Tawadhuk & Malu
-Rendah diri
-Sebenar2nya untuk dengan Allah bukan mencari penilaian manusia.
Sekian
Nukilan
Rossi
29 December 2015
Anak-Anak Syurga: Catatan 1
02 September 2015
17 August 2015
Hayati kata-kata TGHH ni. Andai hari ini kita berkata ingin bersama presiden bukan semata2 berkata 'aku sokong presiden' tetapi berusaha dan bekerja bersama Islam. Kalu hari ini kita masih takut-takut untuk berkata-berkata dan kentengahkan Islam, dimanakan nilai perjuangan Islam
Andai ingin bersama kepimpinan ulamak contohilah akhlak dan sikap ulama.
Muhasabahkan diri kita, hari ini kita berkata bersama kepimpinan ulamak adakah sikap kita dan akhlak kita seperti seorang yang mencintai dan akan bersama-sama ulama?
Kehidupan akan datang adalah rahsia Allah. Mungkin dulu dia musuh Islam atau bukan Islam, dengan Izin Allah apabila dia Istiqamah dengan prinsip-prinsip Islam barangkali dia lebih baik daripada kita.
Jangan mendabik dada dengan banyaknya hari ini sumbangan duit dan tenaga kita
Janga berasa hebat dengan sijil dan kad yang berada dirumah
Namun hakikat kita nak sebut tentang Islam pun malas
Jiran sebelah rumah pun kita malas nak dekati?, nak sampaikan Islam apatah lagi.
Itu jiran, dengan ahli keluarga?, nak ajak solat berjemaah pun susah.
Apa yang kita sibukan? Fikirkan
Ingatlah sijil dan kad yang kamu ia sekeping kertas yang tidak membawa nilai.
Hayati isi kandungan solat diwaktu tahiyat akhir dan syahadah kita. Disitu terselit perjanjian/biah kita kepada pencipta yang diulang-ulang dalam solat setiap hari.
Jika hari ini kamu berpaling daripada perjuangan, Islam tidak akan rugi sedikit pun tidak akan rugi.
14 August 2015
INSAN TERISTIMEWA
Insan yang satu-satunya ALLAH tinggalkan untuk aku. Selagi aku hidup cuba sedaya upaya berbakti untuknya. Dan cuba sedaya upaya mengubah sikap aku supaya aku mampu menjadi anak yang soleh.
Insan yang berbakti kepada kami adik beradik
Insan yang tak pernah jemu dalam membesarkan kami
Tatkala kami sakit dia doktor kepada kami
26 January 2013
Muslimat, perananya? dan kesudahanya?
Namun yang demikian, peranan Muslimat luas skopnya dan
tidak menafikan perkara yang digariskan diatas. Menurut pandangan dan pembacaan
saya muslimat turut memaikan peranan yang sangat penting dalam gerak kerja
dakwah, gerak kerja amal islami dan gerak kerja jemaah. yang mana tanggungjawap
ini tidak terletak kepada batang tubuh seseorang yang bergelar lelaki sahaja
yang bersandarkan kepada dalil:
Jadi kita mesti pahami, bahwa Allah
sengaja mengatur semua ini untuk menjadi suatu teladan, suatu pesan, yang patut
diambil berat di dalam sejarah Islam, yang wanita mempunyai peranan penting,
bukan saja menerima agama Islam, tapi mati dalam mempertahankan agama Islam.
Jadi kita dapat lihat bahwa orang pertama yang masuk Islam adalah perempuan.
Orang pertama yang mati syahid juga perempuan. Satu lagi yang Allah mau
tunjukkan adalah guru hadits pertama adalah isteri Rasulullah SAW, yaitu Aisyah
R.ha, yang mengajar para sahabat tentang hadits. Dikhabarkan ada 2220 hadits
yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.ha. Banyak hadits yang kita baca adalah dari
‘Aishah R.ha. Dan Rasulullah SAW ketika hampir wafat mengatakan, aku
meninggalkan dua hal untukmu yang jika engkau benar-benar berpegang teguh
padanya, dengan kedua tanganmu erat-erat maka engkau akan selamat. Itulah
Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW.
Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah
merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Buat muslimat sekalian
teruskan usaha. Perjalanan perjuangan masih panjang. Jadikan sejarah pejuang
muslimat satu raliti dalam hidup kalian. InsyaAllah pasti akan datang bantuan
dari Allah atas usaha kalian menyebarkan agamanya.










