15 January 2017

Muallimah Haraki 1

Jangan sangka yang buta mata itu buta
Jangan sangka yang celik mata itu celik

Kerana ramai yang celik mata tetapi buta hati.

Alhamdullilah berkesempatan untuk hadiri Kelas Pengajian Al Quran mengunakan teknik Braille ( teknik khas untuk orang cacat penglihatan)

Sewaktu sesi kelas tersebut sempat mendengar secara live bacaan ayat suci Al Quran daripada tenaga pengajar disitu.

MashaAllah sangat tersusun dan tartil bacaannya berbanding insan yang celik yang kadang2 bacaan ' asal nak cepat ' @ 'asal baca' tetapi penghayatannya pun hanya sekadar 'asal boleh'. Astarfirullahhalaazim.

Walaupun mereka Allah berikan mata yang tidak melihat tetapi mereka punya hati yang bersinar.

Ingatlah wahai insan celik:

1) Jangan kamu rasa amalan kamu kini lebih baik daripada orang lain kerana risau lebih banyak riak dalam diri.

2) Jangan anggap kamu punya amalan sudah banyak, apabila melihat orang sekeliling seolah2 seperti ti  kosong. Ingatlah saat itu, kamu dilanda satu penyakit hati yang mungkin boleg merosakkan amalan tersebut.

3) Setiap hamba Allah mempunyai perbezaan@kaedah untuk dekat dengan Allah, jangan sesekali perkecilkan usaha orang & rasa diri itu hebat.

4) Jangan sangka kamu yang celik sudah cukup sempurna sedangkan hatimu punya karat2 yang berbisa.

5) Beramallah dengan rasa

-Tawadhuk & Malu
-Rendah diri
-Sebenar2nya untuk dengan Allah bukan mencari penilaian manusia.

Sekian
Nukilan
Rossi

No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang