MULAKAN DENGAN

13 March 2009

MAK RATU HATI ADIK

445311858m.jpg

Seorang Ibu,,,,

Satu ciptaan agung Ilahi.Di dalam matanya kulihat sarat dengan kasih dan sayang.Kadang-kadang aku hairan.Benarkah dia ibu?Atau bidadari yang dikirimkan dari syurga ?Namun begitulah hakikat.Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata betapa agung cinta ibu.Betapa luhurnya kasih ibu.Dan setiap dari kita pasti punya cerita sendiri akan kehebatan kasih ibu ini, yang kita rasai dari kecil lagi.

Dari saat kita dilahirkan , pasti ibulah insan yang selalu bersengkang mata melayan ragam anaknya itu.Itu semua pasti kita pernah rasai.Itu juga adalah lumrah bagi seorang ibu untuk menatang sepenuhnya anak yang dilahirkan …sehingga dewasa.

Jika kita mengatakan kasih ibu hanya untuk anak-anak kecil, secara totalnya pasti kita salah.Kerana kasih ibu itu kekal sepanjang masa.Aku masih ingat lagi.Di saat aku sibuk bertungkus lumus menyiapkan projek rekacipta yang bakal dibentangkan untuk SPM pada tahun itu, dengan selautan gelisah dan resah dek masa yang berjalan.Di meja itu aku terus bekerja dan bekerja.Segigih yang mungkin walau diulit resah dalam lebat hujan petang itu.Namun ibu tetap hadir memberikan sokongan.Memang dia tidak pandai menuturkan kata-kata indah , namun selautan sokongannya dapat ku rasa biarpun dengan hanya menghidangkan secawan kopi panas.Dia hanya melihat gerak geriku yang sibuk itu, menghidangkan secawan kopi panas dan berlalu pergi tanpa banyak berbicara, kerana aku tahu ibu bimbang dia hanya akan mengganggu konsentrasiku.Begitulah ibu. yang selalu kisah akan diri ini.Biarpun masa berlalu, kasih ibu tidak pernah berkurang.Dia selalu kisah akan diri ini walau kadangkala aku sendiri tidak pernah kisah akan diri sendiri.Aku masih ingat.Saat aku leka menghadap skrin laptop ini dengan khusyuknya menaip sehingga lewat malam sambil melibas-libaskan tangan ke kiri dan ke kanan dek menghalau nyamuk2 yang menggila pada musim hujan itu.Kadang2 aku tidak kisah akan nyamuk2 yang khusyuknya menghisap darahku sebagaimana khusyuknya aku menaip di skrin laptop ini.Tapi ibu kisah.Ibu sempat meletakkan sebekas ubat nyamuk berhampiran denganku sebelum ibu masuk tidur.Begitulah ibu.Siapa lagi yang dapat menyangkal akan keagungan kasih ibu.

Memang kali ini aku tidak hairan, mengapa kita tidak mampu untuk membayar kembali nilai kasih ibu itu.Sukar digambarkan dengan kata-kata.Apa yang termampu dilakukan hanyalah sentiasa mengingati ibu dalam setiap bisikan doa ini.Mengharapkan keredhaan Allah ke atas ibu dan semoga diangkat darjatnya di syurga kelak.

Buat teman-teman, sentiasalah kita mendoakan kesejahteraan kedua-dua orang tua kita.

Ingatlah jangan sekali-kali kita melukai hati ibu.Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh.Amin...

No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang

my cute baby