28 March 2010

ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN....

Alhamdullilah akhirnya dapat juga upload gambar waktu ziarah dakwah ke SURAU DARUL YAKIN. perjalanan aktiviti disana memang best sebab disana saya berpeluang untuk menjalani aktiviti kemasyarakat bersama dengan ahli BIC dan YAYASAN AMAL SERAWAK. tidak lupa sewaktu disana kami juga berpeluan untuk melaksanakan solat Asar berjemaah, Magrib berjemaah dan sedikit tazkirah oleh Ust. Abdul Halim dan tidak ketinggalan sedikit jamuan disediakan untuk santapan jemaah yang hadir ( pehhhh sedap makan laksa serawak lagi tue he23xxxx _berbalik kepada niat yang asal_) . Waktu pergi ziarah dakwah tue sedikit sebanyak memberi peluang kepada diri dalam proses untuk mentarbiyah diri menjadi lebih baik (tajuk forum malam sebelum tue -TARBIYAH-). harap-harap untuk masa akan datang dapatlah lagi join aktiviti macama ne walaupun ari ne ada ziarah dakwah ke kg. jepak ajuran NISA tapi tak dapt turun sebab letih sangat baru ja balik dari Samarakan petang semalam dan kena wat persediaan tuk test Sivilkurtur.. huhhuuhuu ya ALLAH permudahkanlah jalanku amin..

Sedikit pengisian untuk diri sendiri dan semua pelawat blog ne :

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)



SEKIAN TERIMA KASEH.....

No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang