MULAKAN DENGAN

22 November 2009

apa BONCENG!!!!!!!


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah malam ne dapat online internet kat rumah dan berada diatas katil yang empuk yang membuat diri ini nak tido jew memanjang tambah-tambah musim hujan lagi la mata duk mengilai-gilai syidah tido la tido la......... ahhhhh biarkan mata ku mengilai nak online sanggup bersengkang mata. hehehe.. pppppssss japppppp sekarang dah masuk topik len dan kita berbalik kepada tajuk yang diatas. Mesti korang tertanya-tanya kenapalah wat cite pasal ne dah lapuk la. Dan ada yang terpikir "ekkk el macam la ko tak pernah bonceng". DISINI INGIN MEMBUAT PENGAKUAN SAYA MEMANG PERNAH MEMBONCENG tambah-tambah dengan yang berlainan jantina. tapi saya bonceng dengan arwah ayah saya dan abang saya ja tu pun waktu kecik bila dah besar ne malu nak bonceng walaupun dengan abang sendiri sebabnya lepas dah pandai naik moto lebih suka bawak dari duduk kat belakang. Tapi kadang-kadang sedih jugak tengok sahabat-sahabat yang seagama naik moto antara lelaki dengan perempuan bukan mahram ne tapi nak buat macam mana tu pilih diaorang alasan nak sampai lebih cepat, tapi pernah tak kita fikir kita nak cepat sampai sesuatu tempat tapi adakah ia secepat untuk kita mendapat keredhaan ALLAH wallahuallam. Bak kata-kata cerita melayu ne " JANGAN PILIH JALAN HITAM". Langkah terbaik yang pernah diambil untuk atasi masalah ini adalah slow talk dengan diaorang walaupun kadang-kadang pulak aku kena more slow talk gan diaorang balik tapi aku tak kesah sebab sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawap sebagai umat islam dan USAHA aku tak kan berhenti disitu sahaja insyaALLAH. Benda ne buat aku terdetik nak tulis sebab bila pergi mana-mana sahaja ramai ja budak-budak sebaya aku membonceng tanpa ikatan yang sah dan aku pulak malu nak tengok ( semoga ALLAH menjaga pandangan dari benda-benda yang tidak mendatangkan faedah) , kadang-kadang kesian tengok mak ayah yang bagi sepenuh harapan untuk anak supaya dengan beli moto dapatlah guna untuk pe sekolah, tapi hakikatnya memang pe sekolah tapi diisi dengan kemaksiatan waluaupun sekecil-kecil maksiat. tidak lupa jika kita cuba mencegah perkara mungkar ada la mulut-mulut manusia yang bercakap ' ko ne tak open la biasala benda macam tu dah banyak dah'. Ne jawapan dalam hati 'sebab terlalu openla islam diopenkan oleh segelintir manusia yang cuba memesongkan ajaran Islam' tapi kalu jawapan yang real ' aku open bertempat'. Paling yang aku sedih rakan sekolah aku sendiri dah pandai membonceng ne yang aku lihat waktu sekolah dulu la. Kadang-kadang aku terfikir kalu la diorang meninggal dalam waktu duduk membonceng nauzubillah, macam mana adakah mati dalam keredhaan ALLAH atau tidak.... wallahuallam. Tetapi aku bukanla nak mendoakan benda tu berlaku tapi berlaku juga hanya DIA yang boleh menjawap kerana ia YANG MAHA MENGETAHUI . Disini saya ingin merungkai sedikit sebanyak mengenai ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM dan jika ada sebarang penambahan silakan saya sedia berkongsi...
  • Maksud Bonceng : menaiki moto secara berpasangan tidak kira 2, 3, 4 5...... atau seterusnya, tapi yang selalu didengar dan dilihat 2.
  • Bonceng ada beberapa jenis iaitu bonceng sesama jantina, bonceng sesama mahram contoh ayah ataupun bonceng bersama dengan yang berlain jantina dan ditambah lagi tidak mempunyai ikatan yang sah ( INI YANG HENDAK DIBINCANGKAN ).
KENAPA MEMBONCENG MENJADI PILIHAN
  1. Dikatakan dapat jimat duit minyak sebab harga minyak dah naik sekarang si kenalah berjimat cermat.
  2. Boleh cepat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.
  3. Nampak sempoi dan cool kerana dapat sesuatu benda yang lain dari yang lain "pelik tapi sememangnya benar dan tidak ada yang benar melainkan benar belaka".
  4. Dapat menyerlahkan si pembawa moto yang kelihatan power ranger.
  5. Dapat ikut jejak dan pembawakan dari barat sebab nak ikut peredaran zaman.
  6. Senang nak berdua-duaan terutama kepada pasangan sehati sejiwa, sekati mee jawa.

ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Adalah tidak salah jika menaiki moto@membonceng dengan mahram atau sesama jantina akan tetapi membonceng berlainan jantina dan tidak mempunyai sebarang ikatan tidak dituntut dalam ajaran islam kerana ia adalah salah satu cara untuk DIRI mendekati zina walaupun sekecil-kecil zina yang orang sering perkatakan walupun ia zina besar ataupun kecil ia tetap zina. Kata al-Nawawi (meninggal 676H):

    “Sesungguhnya menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munfkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah sesiapa yang mampu melakukannya tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan mungkar atau mengurangi makruf” (Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim).

  • Dapat mengundang kepada fitnah terbesar iaitu fitnah manusia.

Suruh al baqarah ayat 191 hingga 193
[191] Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. [192] Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [193] Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

  • Dapat mendekatkan diri kepada syaitan laknatullah. Hal ini kerana apabila individu berdua-dua tanpa ikatan sah dan yang paling gemar manghampiri adalah yang ketiga iaitu SYAITAN. Dapat dirujuk dalam. Suruh al-Baqarah 208 "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.".
Walaupun kebaikan membonceng adalah lebih banyak berbanding ISTILAH MEMBONCENG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM akan tetapi ingatlah sesungguh jalan menuju kemungkarankan ditaburi dengan dengan kesenangan yang sementara dan kehidupan yang kekal adalah kehidupan yang abadi denagn meletakan diri dilandasan yang benar. ingatlah kawan dan ini adalah kata-kata dari seorang teman kepada saya iaitu " kata pepatah: jalan menuju kejayaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri yang amat tajam. TERIMA KASIH RAKAN.

Suruh al Baqarah ayat 212

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

Dengan ini, usaha yang dilakukan oleh UTM yang sedaya upaya mewujudkan kempen SAY NO TO BONCENG amat bagus terutamnya untuk generasi muda yang kini mudah hanyut dengan kehidupan dan kesenangan dunia serta tidak lupa disertakan link untuk anda bagi melawat blog kempen yang dilakukan http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/.

Kepada sesiapa yang pernah membonceng seperti yang telah nyatakankan cubalah anda renungkan adakah jalan yang anda pilih itu benar atau tidak dan kembalilah bertaubat sesungguhnya ALLAH akan menerima taubat hambaNYA yang benar-benar insaf atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan dan marilah kita berhijrah dalam membawa diri kearah yang lebih baik baik dan dipenuhi dengan cahaya kilauan Islam. Ingatlah biarkan diri dicaci dan dibenci manusia atas sikap kita yang cuba mempertahankan kebenaran, jangan sampai kita dibenci ALLAH kerana sikap yang cuba mempertahankan laranganNYA. Penutup kata ' YANG BERLALU BIARKAN BERLALU, UBAHLAH NASIB MU DAN JANGAN BIARKAN DIRIMU TERUS KELAM DENAN KEMAKSIATAN PERCUMA".

Suruh at-Taubah ayat 11 dan 12
[11] Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. [12] Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

'kita bukan yang terbaik dan kita berusahalah menjadi seorang yang lebih baik' kata-kata seorang guru kepadaku......


No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang

my cute baby