07 November 2009

tetap DIHATIKU!!!!!!!!

Insan tersayang .

Assalmualaikum w.b.t.
Hari nie baru sahaja habis muet alhamdullilah dan baru semalam ja balik dari program tarbiyah yang amat bermakna dan best yang aku alami. Hari ne rasa nak buat coretan mengenai insan yang selalu bertahkta dihati aku. Kasihnya dan wajahnya selalu aku ingati. Insan inilah menjadi tempat aku bergantung harap dan meluahkan perasaan selepas insan yang aku sayangi juga telah pergi menyahut seruan ILLAHI. Dengan adanya dia insan yang bergelar MAK kepada 5 orang 3 lelaki dan 2 perempuan dengan hasil perkahwinan bersama YAHAYA BIN CHEK yang bertahan hampir 40 tahun menjadi pendorong semangat buat anak-anaknya termasuk aku. Setiap kali memandang wajah pada gambar yang aku letakkan diatas meja aku aku sering berasa tenang dan jika aku ada masalah atau strees gambar insan ini yang sering kali aku pandang di samping banyak-banyak istigfar memohon pertunjuk ALLAH dan tatkala aku sedih dan ingin menangis gambar ayah dan ibuku selalu aku lihat rindu la katakan , gambar ayah aku ada satu ja tu pun susah nak cri sebab ayah aku seorang yang payah nak bergambar akan ku jaga gambar itu insyaALLAH. Kasih sayangnya sebagai seorang ibu tak dapat aku balas kecuali dengan doa yang berterusan. hanya doa yang buat masa sekarang aku mampu hadiahkan buat insan tersayang wahai ibuku. (DOA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM). kekuatan yang beliau miliki amat mengakumi aku dan mengajar aku erti kehidupan yang kadang kala kita tidak selalu dalam kehidupan senang dan keupayaan beliau amat mendorong aku untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Sewaktu mudanya selalu berkerja keras bersama arwah ayahku dalam mencari sesuap nasik untuk putra dan puterinya dan tidak pernah jemu mencari rezeki walaupun pelbagai masalah kerap dialami. Kekuatan dan semangatnya menjadi satu kekuatan pada diriku juga. Kini umur beliau telah mencapai 64 tahun dan alhamdullilah masih sihat walaupun sering kali mengalami masalah kesihatan yang sering kali beliau hadapai iaitu asma. Akan tetapi dengan penyakit yang beliau hadapi, beliau tak mudah mengalah dalam melakukan sebarang kerja dan sakit bukanlah alasan untuk dia dalam bergerak. Itulah ibuku. Keunikan ibuku adalah walaupun menjangkau 64 tahun adalah hobinya yang amat menghepikan aku iaitu memancing ikan pelikan susah nak jumpa wanita suka memancing macam mak cekk bukan nak bangga TAU tapi itu la ibuku. Dengan hobinya dapatlah aku dan abang dan kakak aku merasai ikan air tawar uhhhhh sedapppppppnyer. Pernah jga abang aku cakap pasal hobi mak aku nie iaitu 'mak tak payah la nak pe menggail ikan duduk ja kat rumah kalu nak makan biaq cek pe beli, mak rehat ja kat rumah' dan mak aku selalu membalas dengan kata-kata ini ' alah pe mengail ikan ja tak berbaloi nak beli kalu dah boleh dapat sendiri jimat sikit dan mak nie bukan boleh duk saja bok oi nak rehat ja lagi sakit mak nie'. dengan kata-kata itu membuatkan abangku terdiam tapi kadang-kadang terfikir juga yang mak sebelum nie terlalu kuat berkerja waktu mudanya dan kalu disuruh rehat lama-lama bertambah sakit la sebab otot-otot nyabiasa la dah bergerak kuat bekerja selama berpuluh tahun nak suruh rehat sikit dah rasa sengal-sengal badan dan SUNYI dalam bergerak dan tak boleh duk diam. Itulah mak aku kalu tak pergi memancing pada waktu petang bukan dia namanya. Keunikan ibuku tak dapat dibandingkan dengan orang lain yang kadang-kadang kala lebih suka duduk bawah pondok sembang-sembang kosong sambil mengeluarkan cerita baru @ MENGUMPAT. Dan itulah perkara paling mak aku tak suka, lebih dia duduk diam atau duduk dalam rumah tidur daripada dengar cerita-cerita yang tak berfaedah langsung dan yang paling unik pasal mak aku adalah masakannya iaitu ayam sambal yang memang tak dapat ditiru orang lain tidak lupa itu adalah KEGEMARANKU dan mak aku pun pandai masak nasik dangang (dah orang kelantan kan), macam-macam lagi la. Antara banyak anak aku yang paling suka kacau mak aku sebab aku nie sunyi tak tau nak kacau sapa ANAK BONGSU la kan abang gan kakak dah keje aku sorang duk kat umah dan mak aku jadi teman aku iaitu benda yang aku selalu kacau adalah pah mak aku, cakap kat mak bila nak kawin ag . Pasal kawin lain walaupun aku selalu menyakat tapi aku tak sanggup nak tengok mak aku kawin gan orang lain dan aku TAK NAK dapat ayah tiri dan aku pun tahu mak aku masih sayangkan arwak ayah aku walaupun kehidupan keluarga kami tak seperti orang lain, dan mak aku pun pernah cakap dia pun dah tua dia pun tak mau kawin dia nak duduk gan anak-anak dan nak jaga cucu cicit ja lega aku dengar kalu tak bertitle anak tiri aku. Nauzubillah tapi kalu itu jodoh mak aku aku tak bolah nak halang cuma aku boleh berdoa kesejahteraan mak aku.


Nei la telekung baru yang mak bagi.

Nie kuih raya yang mak bagi dan yang abang bagi tak sempat nak tangkap gambar

Cerita pasal sayang nie teringat kau raya tahun nie mak aku hadiahkan telekung baru buat aku sebab aku cakap telekung dah lama nak yang baru dan telekung baru tu lah menjadi hadiah buat aku sempena hari raya yang tak balik lagi buat kali ke-2 dan tak lupa pelbagai kuih-kuih yang enak-enak turut disertakan baaaa, dan itulah satu perkara yang membuatkan aku sayang sangat kat dia. Untuk sem nie juga dan buat pertama kali dalam hidup aku adalah aku hadiah sepasang jubah buat mak aku untuk pakai raya walaupun aku tak ada tapi baju itulah pengganti untuk aku walaupun tak mahal tapi aku rasa seronok sangat dapat bagi kat mak aku dan aku tau jubah itu tak dapat disamakan dengan adanya aku dirumah . Mana taknya pada malam raya tu satu pengakuan yang amat menyedihkan adalah apabila aku bertanya mak masak apa untuk raya esok dan jawapannya yang membuatkan aku menitiskan air mata adalah " mak tak masak apa-apa pun adik tak dak nak masak banyak-banyak malas tak dak sapa nak suruh mak masak banyak tu pun masak ketupat sikit sebab abang hang nak makan sangat-sangat". tersentap hati aku malam raya tu dengar ayat tu sayang jugak mak kat aku dan rasa menyesal jugak tak balik dan aku sebak bila kawan-kawan cakap diaorang nak balik cemburu aku. Alasan aku tak balik sebab satu nak jimat bajet dan walaupun aku tau aku disupport tapi kesian kat abang aku dia kan nak buat kenduri kawin jadi aku korban la sikit demi nak ringgankan beban dan aku tak boleh la nak paksa sangat sebab yang tanggung aku lepas ayah meniggal abang gan mak aku jadi aku haruslah menjadi adik yang prihatin ( prihatin la sangat dan sebab tak balik raya dapat lah pos kuih raya tok sem nie 2 kali mak satu abang satu bestkan walaupun sedih diperantauan huhuhu ). Hakikatnya walupun aku selalu sakat mak aku dan aku adalah orang yang selalu suruh mak aku masak banyak time raya dan orang yang habiskan adalah kakak dan abang aku. tu lah ROSYIDAH BINTI YAHAYA anak bongsunya kalu tak suruh mak dia masak banyak-banyak bukan dia namanya sebab aku suka tengok mak aku masak dan makan masakan mak aku yang penuh dengan kasih sayang seorang ibu kepada 5 orang anak dan tu lah sebabnya anak laki-laki lagi pandai masak daripada aku anak perempuan yang hanya setakat boleh masak gitu-gitu jer boleh sebab yang jadi macm tu suka tengok orang len masak bukan nak masak sendiri hehehee. Pada sekarang nie dengan izin ALLAH mak dan arwah ayah aku berjaya membentuk satu keluarga yang besar iaitu :
  • 5 orang anak ( 3 putra dan 2 putri)
  • 4 orang menantu ( 3 menantu perempuan dan 1 menantu lelaki _hanya tinggalkan aku saja yang belum berjaya memberikan mak aku menantu dan tak dak jodoh agi hehehe apa yang penting belajar dulu hanya boleh berdoa dijumpakan dengan insan soleh yang boleh bimbing diri ini kerah kebenaran.
  • 6 cucu dari anak sulung, 3 orang cucu dari anak ke-2, 2 orang cucu dari anak ketiga dan 13 orang cucu dari anak pertama mak aku sebelum perkahwinan dengan ayahku. tapi kitaorang tak pernah angggap dia orang asing sebab dia juga anak mak dan tetap kakak kitaorang walaupun ayah lain tu buka penghalang ukhuwah kami antara adik beradik.
  • Cicik ada juga dalam 5 orang. huhuhu aku dah bergelar TOK CIKKKK... tak per biar nama tok cik janji HAPPY.
Meriahkan sungguh kalu berkumpul tak muat rumah tapi seronok la dan kalu dapat berkumpul tak menang tangan nak masak dan time tu mak aku dapat rehat sebab banyak anak-anak dara yang ambil alih tugasanya kecuali untuk masak nasik dangang tak dak sapa yang dapat ambik alih termasuk cek la. Jika nak nak diurai akan kasih, pengorbanan mak aku tak dapat aku nytakan sepenuhnya sebab aku aku tak mampu nak uraikan semua cuma aku berasa bersyukur sangat kerana bisa bergelar nak kepada dia dan bisa berada dalam rahim seorang insan yang bergelar insan istimewa buat diriku. Akhir kata , adik sayang dan akan jaga mak sehingga akhir hayat adik dan jika ada insan yang ingin memiliki diri ini ia harus menyayangi ibuku seperti mana aku sayanginya kerana itulah insan yang aku ada selepas ayah pergi menyahut seruan ILLAHI. SEKIAN WASSALAM

No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang