22 November 2009

SANTAN VS SATE

Assalamualaikum....
Ahamdullilah pagi tadi baru saja teman mak pergi beli barang nak wat kenduri pada raya ke-3 nanti. Macam-macam mak beli sampai tak menang tangan nak bawak bawang, lengkuas, ikan talang, kentang dan macam-macam ada. Pastu waktu tengah beli terasa lapor la pulak beli la ais blanded satu kat pasar pagi tu pastu mak ajak pe kedai makan. uhhhh syukur sangat dapat isi perut yang sedang lapor. Waktu kat kedai tu mak makan nasik putih, ikan temenung@kembung, sambal belacan dan kuih. Tak lupa aku pulak makan nasik putih, sambal pedal ayam gan ikan keli. minum mak teh ais aku milo ais. alhamdullilah dapat jugak menikmati rezeki dan kenyang perut suka hati.. hehehehe. Selepas makanan mak ajak pe rumah kak ton gan rumah orang yang jual santan. pergi rumah kak ton dia tak dak mungkin pe kebun kot. pastu bergeraklah aku bersamamak untuk mencari santan dengan pe rumah orang yang jual santan menaiki moto honda 70 arwah ayah aku.

Sewaktu perjalanan nak pergi rumah orang tu memang penat mana tak nya pusing satu kampung tak jumpa-jumpa rumahnya. Pastu tanyalah seorang mak cik ne 'Assalamualaikum mak cik tau dak rumah orang yang jual santan" dia jawap " adik pe terus kona kiri kona kanan pastu kona kiri kona kanan lagi jumpa pokok asam tu rumah dia". Pening aku gan mak nak cari mana taknya kona kiri kona kanan sampai sesat. Berbalik pada tajuk diatas iaitu nak cerita pasal santan vs sate ne ada berkaitan dengan mak aku ler. Dah lama orang kedah loghat kelantan tak lari jugak mana tanya waktu mak tanya seorang kakak ne mak cakap " Assalamualaikum dik ket sini ado jue sante (santan) dok" dan yang best nya kakak tu jawap " mak cik pe sebelah sana kat kona sikit jumpa la rumah orang jual sate". Aku duk kat moto dah gelak besar mak aku suruh aku pulak cakap sebab yang kami nak cari orang jual santan bukan sate. Boleh dikatakan setiap orang yang mak tanya semua cakap rumah orang jual sate. keliru2222222. Last-last mak suruh aku cakap dan akhirnya jumpa jugak rumah orang jual satan tapi dia tak dak nasib jumpa gan rumah ayah tuan yang jual santan tu dia bawak kami pe rumah mak mentua dia sebab dia ada kat sana . Yang buat aku nak gelak lagi mak aku boleh-boleh tak mau cakap sebab dia pun risau ingat nak tempah sate sebenarnya nak tempah santan. Pe punya pe waktu sampai kat rumah tu dengan ayah tuan punya jual santan tu rupa-rupanya dah lalu tadi. ermmmm tapi tak per perjalanan yang mencabar dengan menaiki moto bersama mak. Satu lagi yang paling buat aku nak gelak waktu duk atas moto aku dengan mak aku ulang kali sebut " sante, sate, sante, sate".. nak praktik takut orang gelak mana tak nya dalam 2 orang yang mak tanya semua ingat sate bukan santan. Sebelum ne pun orang pun pernah keliru dengan apa yang mak cakap iaitu antara kunci atau kucing. Waktu tu mak pe kedai nak beli kunci mangga. Mari kita imbas kembali kenagan waktu tu dan tersebutla kisah mak pe kedai nak beli kunci mangga kat kedai kat kg aku dan kadang kala mengelirukan aku jugak hehehehe ( tapi apa-apa pun aku tetaps sayang mak).

  • _MAK_ Pok seng ( nama tuan punya kedai) ada jue (jual) kuncin(kunci mangga) dok.
  • _POK SENG_ kami tak jual kucing.
  • _MAK_ dak ehhh kuncin bukan kucing
  • _POK SENG_ la tak jaul mak lang, kedai ne tak jual kuncing kalu nak kuncing tak payah beli ambik kat rumah sapa yang bela banyak.
  • _MAK_ la hang ne tak paham la, mak lang nak kuncin yang yang duk buh kat rumah tu ( sambil mak aku buat gaya dengan tangan).
  • _POK SENG_ ooooooo kunci mangga habang la kunci ne dengar kucing aku dengar...... ketawa besar orang dengar mak aku cakap mana taknya benda yang boleh dapat dengan 5 minit jadi 15 sebab masalah bahasa.
  • _MAK_ mak lang cakp kuncin hang yang tak paham.
  • _POK SENG_ nak wat gano tok pahe ( dia pulak yang cakap kelantan) hahahaha
Itu lah mak aku, ingat-ingat balik lawak dan kadang-kadang kesian pulak mana taknya perlu mengambil masa yang lama untuk dapat sesuatu benda. Tapi sekarang ne orang kampung dah paham sangat dengan apa yang mak aku cakap sebab walaupun mak aku dah berpindah ke kedah hampir 35 tahun tapi loghat kelantan tak putus. Itulah anak jati kelantan. Aku pulak tak bape boleh cakap kelantan sebab membesar kat kedah hanya sekali setahun ja balik kelantan tapi kalu orang cakap insyALLAH paham kalu cakap kelantan jadi macam orang siam nak cakpa kelantan (putus harapan dah ). Harap-harap kalu aku cakap kedah dengan sapa -sapa harap depa paham huhuhuhuhuhu. Tapi apa-apa pun aku bersyukur sangat proses nak cari santan untuk kenduri nanti akhirnya ditemui walaupun banyak confuse yang berlaku antara santan dengan sate. Apa-apa janji happy dan terima kasih pada pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang bantu aku dengan mak untuk menghabiskan explorasi santan VS sate. sekian tammat sudah cerita pasal santan VS sate dan kita akan bersambung dengan cerita lain pulak pada lain masa insyaALLAH tak lupa kesalahn tatabahasa adalah kelemahan ku walaupun aku seorang yang suka menulis ( tapi sebenarnya sedikit malas huhuhuhu akan ku cuba buta yang terbaik).

No comments:

Post a Comment

tersayang

tersayang