05 November 2009

MOTO PUNYA PASAL....


Assalamualaikum wbt...
Hari terasa nak membuat coretan sikit pasal seorang kawan saya yang bernama .... atau lebih dikenali sebagai BULAT.. hehehe. Nak kasi cerita sikit pasal dia ne yang baru jew nak belajar naik moto. Orang kata niat nak belajar tu tak pa tapi yang paling menyayat hati step-step yang diamalkan untuk dai belajar moto ada sedikit masalah.. mana tak nya orang suruh break moto yang dia tahan moto dengan tangan guna tangan lawakkan... mana tanya orang cipta break elok-elok nak guna tangan jugak nak hentikan moto. tapi tak per sabar yer bulat nanti syidah ajar ko lagi insyaALLAH .. ko kena kuat semangat jangan menyesal dengan apa yang berlaku.. tapi serius waktu ko jatuh kitaorg termasuk syidah risau sangat kat ko takut apa yang tak elok berlaku. tapi alhamdullilah tak da apa-apa yang berlaku walaupaun ko mengadu kaki ko sakit. sabar yerrrrr. tapi ko jangan la pulak marah kitaorg sebab gelakkan ko tak dak niat pun. mana taknya ko yang jatuh sendiri pun gelak apatah lagi kitaorg... jangan marah yer nanti kita belajar lagi yer and kita akan buat pengenalpastian break dulu tau supaya cempedak tak jatuh buat kali kedua. hehehehe. apa-apa pun ingin aku nyatakan disini adalah langkah kita dalam melakukan sesuatu kerja sama ada sebelum atau selepas dan aku mengfokus kan kepada step-step untuk naik kenderaan kepada orang islam dan kepada yang bukan islam anda boleh mengikut kepercayaan agama masing contoh motor supaya apa yang terjadi depan aku hari tu menjadi iktibar dalam menjadikan diri ini insan lebih baik. step-stepnya adalah:

Sebelum naik kederaan :

Doa Naik Kenderaan
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

1. baca bismillah dan mulakan niat sebelum naik kenderaan serta doa naik kenderaan ( niat yang baik dan bukan niat yang kearah kemungkaran)
2. perhatikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat.

Semasa naik kenderaan :
1. baca Bismillah lagi.... setiap perkerjaan yang dilakuakn mulakan dengan kalimah ALLAH
2. buat alunan zikir supaya dipermudahkan jalan pergi dan pulang.
3. tumpu perhatian terhadap destinasi yang hendak dituju.
4. berhati-hati ketika dalam perjalanan. "berhati-hati dijalan raya"

Selepas menaiki moto
1. ucap Alhamdullilah selepas selamat sampai ke destinasi.
2.pastikan destnasi yang sampai tu bukan tempat menuju kearah kemaksiatan.

P/S: KEPADA SESIAPA INDIVIDU YANG MENJADI SAKSI PADA HARI KEMALANGAN TERSEBIT MARILAH KITA BAGI SEMANGAT BARU KAT DIA DALAM UNTUK BELAJAR NAIK MOTO... tuan punya badan jangan la pulak marah yer..... dan tak lupa sebarang penambahan mengenai ADAB-ADAB MENAIKI KENDERAAN MENGIKUT ISLAM boleh dikongsi bersama yer....

2 comments:

Ms.S.S.Sun.Berry said...

haha.terima kasih diatas nasiht itu. hehe. sesungguhnya, xkan aku bhnti bljr wpon cempedak serta durian jatuh berderai..kui3..

ROSYIDAH BINTI. YAHAYA said...

BAGUS22222 JANGAN PUTUS ASA

Post a Comment

tersayang

tersayang